
Keputusan yang agak tidak mengejutkan langsung apabila jentera terhebat di bumi iaitu Yamaha kembali ke podium dalam kelas CP150 cubprix di Tangkak.
Tapi yang mengejutkan ialah , kedudukan pertama hingga ke sembilan dikuasai sepenuhnya oleh kesemua jentera Yamaha yang gagal dalam dua pusingan awal sebelum ini.
Kelihatannya pasukan yang menggunakan jentera ini sudah mula menemui rentak.

Ahmad Afif Amran meraih kemenangan pertama musim 2019 setelah muncul juara perlumbaan CP150 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.
Juara keseluruhan musim 2018 dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’55.133s mengatasi Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua dengan masa 14’56.549s.
Sementara itu, Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Yamaha YY Pang Racing) menamatkan saingan di kedudukan ketiga untuk meraih podium pertama musim 2019 dengan masa keseluruhan 14’57.676s.

Malang buat juara dua pusingan lepas, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) apabila terjatuh seawal selekoh pertama namun berupaya untuk bangkit dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.
Afif yang bermula dari petak ketujuh bijak memanfaatkan kelebihan jentera untuk memintas Md Iqbal Amri Abdul Malek (AHM Motorsports Yamaha Racing) pada pertengahan perlumbaan manakala masalah mekanikal menyaksikan Iqbal terpakasa menarik diri dari perlumbaan ketika berbaki empat pusingan menuju ke garisan penamat.
“Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras untuk menyiapkan jentera terbaik kepada saya pada minggu ini,” jelas Afif.
Tambahnya, “Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak memikirkan tentang kemenangan sebaliknya hanya mahu memastikan tidak terbabit dengan kemalangan kerana sedar selekoh pertama agak berbahaya.
“Perlumbaan tadi juga sebenarnya bukan mudah kerana memerlukan pelumba untuk kekal konsisten dari awal sehingga ke penghujung perlumbaan. Keadaan litar yang agak berisiko memerlukan saya memberi sepenuh tumpuan dan gembira kerana berjaya memenangi perlumbaan pertama musim ini.”
Kemenangan ini menyaksikan Afif kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 58 mata manakala Azroy turun ke tangga kedua dengan 55 mata. Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) yang menamatkan saingan di tempat ketujuh di kedudukan ketiga dengan 36 mata.
Dalam saingan CP115, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) mempertaruhkan pengalamannya untuk meraih kemenangan selesa dengan berkelebihan 1.839s dihadapan pemenang tempat kedua, Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang menamatkan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 11’47.025s.
Rakan sepasukan Adib, Md Khairi Asyraf Mahmood meraih podium pertama musim 2019 setelah menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan 11’48.448s.
Gelaran naib juara terus meletakkan Ahmad Syukran sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 60 mata manakala Adib di kedudukan kedua dengan 41 mata. Rakan sepasukan, Md Fareez Afeez Abd Rahman yang gagal menamatkan perlumbaan berada di kedudukan ketiga dengan 38 mata.
Sementara itu, Md Zaki A Zamri terus mempamerkan aksi bertenaga setelah berjaya meraih kemenangan kedua kategori Wira pada musim ini sekaligus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 60 mata.
Pelumba MOS William #LLRKS CYT Racing itu menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 9’31.878s diikuti Md Izham Hanafi Amran (Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) kedua, 9’33.841s dan Md Haziq Rosmaza (PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing) ketiga, 9’35.597s.
- BACA: HONDA RS150R BUNGKUS Y15ZR IKAT TEPI DI MELAKA
- BACA: CUBPRIX PENANG, RS150R TAK BERI PELUANG
- BACA: 4 REGULASI BARU BANTU KEMENANGAN HONDA RS150R
KEPUTUSAN
CP150
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14’55.133s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14’56.549s
3. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 14’57.676s
4. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha –CKJ Racing 14’58.358s
5. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 15’02.135s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 58 mata
2. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 55 mata
3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 33 mata
4. Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 33 mata
5. Md Zaqhwan Zaidi (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 31 mata
CP115
1. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’45.186s
2. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11’47.025s
3. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 11’48.448s
4. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 11’48.702s
5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 11’50.402s
Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 60 mata
2. Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 41 mata
3. Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 38 mata
4. Md Khairi Asyraf Mahmood ( ) Motul Yamaha YY Pang Racing 35 mata
5. Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 34 mata
WIRA
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 9’31.878s
2. Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 9’33.841s
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 9’35.597s
4. Md Muazim Shah Shahrul Anuar (SGR) ONEXOX SAG Team 9’41.591s
5. Md Izzat M Raduan (NSN) ONEXOX SAG Team 9’45.314s
Kedudukan Keseluruhan
1. Md Zaki A Zamri (SGR) MOS William #LLRKS CYT Racing 60 mata
2. Md Sharul Ezwan (SGR) M Sharil AFB tech Racing 36 mata
3. Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 36 mata
4. Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB tech Racing 31 mata
5. Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 30 mata