Motosikal

YOSHIMURA HASILKAN SISTEM EKZOS PENUH HONDA SUPER CUB RACE SERIES

Pembuat ekzos terkenal, Yoshimura kini mempunyai dua plihan sistem ekzos untuk pemilik motosikal moden klasik, Honda Super Cub. 

Eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat, sistem ekzos lengkap dihaslkan oleh syarikat Yoshimura R&D menggunakan tangan dan dikenali sebagai GP-Magnum Race Series. 

Dua sistem ekzos yang comel itu menggunakan besi tahan karat dengan dua pilihan iaitu besi tahan karat (stainless steel) dan Titanium.

Bezanya, varian stainless steel hadir dengan warna aluminium biasa. Manakala varian Titanium tampil dengan kesan warna biru pada ekzosnya. 

Selain lebih ringan dan menawarkan kuasa tambahan, sistem ekzos Yoshimura memberikan bunyi yang jauh lebih sedap didengar berbanding ekzos standard. Dengar sendiri daripada video di bawah. 

Dengan berat hanya 2.8kg (titanium) dan 2.9kg (stainless steel) iaitu sekilo lebih ringan berbanding ekzos asal, sistem ekzos Yoshimura ditawarkan pada harga sekitar RM1,800 hingga RM2,200. 

Tags
Google ads
Back to top button