Motosikal

HONDA SUPER CUB 125 – RM13,999 SEUNIT, MEMANG STAIL!

Boon Siew Honda mengejutkan pasaran motosikal tempatan apabila memperkenalkan jelmaan model ikonik, Super Cub 125 pada hari ini.

Untuk makluman, Super Cub C100 diperkenalkan pada tahun 1958 buat pertama kalinya kepada orang ramai. Sejak itu, ia nyata memberi keseronokan dan memainkan peranan penting dalam kehidupan pengguna sepanjang era tersebut.

Selepas 60 tahun, ia terus menjadi motosikal paling popular sepanjang masa dengan angka jualan mencecah 100 juta unit di seluruh dunia.

Super Cub 125 ditawarkan pada harga RM13,999  seunit.

Seiring dengan namanya, motosikal tersebut digerakkan oleh enjin SOHC dengan sistem penyejukan udara bersesaran 125cc. Enjin empat lejang dengan sistem pancitan bahan bahan api itu mampu menjana kuasa 6.79 kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 9.98Nm pada 5,000rpm.

Di sebalik gayaan aslinya, versi baharu Super Cub tersebut dilengkapi ciri keselamatan moden seperti lampu LED dan sistem kunci pintar Honda.

Super Cub C125 juga menawarkan akses kepada tangki minyak berkapasiti 3.7 liter di bawah tempat duduk yang boleh dibuka secara elektronik.

Super Cub C125 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black). Ia boleh didapati di semua pengedar sah Honda bermula Januari 2019.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button