
KERETA APA YANG MASIH DITAWARKAN DENGAN TRANSMISI MANUAL TAHUN INI?
Walaupun kereta dengan transmisi manual sudah hampir pupus tapi percayalah masih ada kereta-kereta hebat di luar sana untuk pilihan anda. Asal poket tebal je. Kalau macam abang ni dah puas hati dengan Kancil 660 EX. Inilah senarai untuk lelaki sejati yang gemar membuat senaman kaki dalam kesesakan trafik.
Porsche 911 2023

Porsche masih bermurah hati mengekalkan transmisi manual untuk model Carrera T, Carrera S, Targa 4S, GT3 dan trim Sports Classic. Tiada kos tambahan dikenakan untuk pilihan transmisi ini dan walaupun ia mungkin tidak mempunyai pecutan sehebat model lain tapi percayalah ia leih menyeronokkan untuk dipandu.
Selain daripada itu ia turut ditawarkan untuk model 718 Cayman dan 718 Boxster.
Lotus Emira 2023
Tak minat Porsche sebab anda rasa anda terlalu British educated? Okey, pilih Lotus Emira. Hai British educated takkan tak mampu kot? Bayangkan enjin 3.5 liter V6 supercharged yang digabungkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Ramuan terbaik untuk menyerang jalan-jalan berselekoh ke Jerantut untuk membeli petai.

Mazda Miata 2023

Hei hei hei mana boleh lupakan Miata boh. Tak lengkap senarai ni tanpa Miata okey. Dicipta untuk keseronokkan pemanduan kotak gear manual 6-kelajuan Miata akan membuatkan pemandu seperti Brian Pa’an teruja macam budak-budak tahun 80 an main mercun katak.
Honda Civic Type R 2023

Idola bangsa H walaupun tak ramai yang mampu pakai model ori. Duit masing-masing katanya. Inilah hot hatch terbaik di pasaran sekarang dengan sistem kawalan yang mencipta fenomena. Dapat dengar deruman VTEC tu dah macam dapat minum air tuak masa buka puasa.
Toyota GR86 2023

Model kesinambungan AE86 mana boleh tak dapat transmisi manual. Macam mana nak hantar tofu dengan efisen kalau pakai gear auto. Silap-silap tertidur budak Takumi mata kuyu tu kalau bawak gear auto. Hait.
Subaru BRZ 2023

Kalau dan kembar dengan GR86 takkan la tak ada gear manual. Cuma ada kalangan penulis mengatakan 86 lagi hebat waktu menyerang selekoh. Kami belum sempat test betul-betul. Doakan kami kaya raya supaya boleh beli keduanya untuk buat content.
BMW M2 2023

Syukurlah syarikat seperti BMW masih menawarkan pilihan manual untuk kereta sport kecil mereka. Rasanya sudah tentu pilihan manual 6-kelajuan adalah lebih menyeronokkan berbanding 8-kelajuan auto. Nanti kami dah test kami bagi tahu.
Toyota GR Corolla 2023

Abang kepada GR Yaris ini memang cukup hebat dengan inspirasi daripada jentera rali. Bayangkan keseronokkan membelasah kereta pacuan semua roda dengan transmisi manual di selekoh. Bayangkan pun dah buat kita rasa kenyang sebelum berbuka.
Toyota Supra 2023

Sebelum ini cuma ditawarkan dengan trasmisi auto tapi untuk tahun 2023 dah ada pilihan manual. Mana boleh kereta sport macam ni tak ada pilihan manual. Ingat ini kereta abah-abah saja ke?
Subaru WRX 2023

WRX dol. Mana boleh tak ada gear manual. Walaupun tiada lagi versi STI lepas ni tapi WRX tetap mengimbau kehebatan mereka dalam WRC 20 tahun lampau.
VW Golf GTI 2023

Anda boleh memilih antara kotak gear manual dan DSG untuk GTI. Budak-budak zaman siber mungkin akan pilih DSG tapi lelaki macho lagi ganteng macam abang tetap dengan gear manual.
BMW M3 dan M4

Jentera lejen macam M3 dan M4 ni mana boleh tak ada pilihan gear manual. Beza antara keduanya ialah pintu belakang je. Kalau anak ramai pilih M4. Kalau anak terlebih ramai baik beli bas. Ha ha ha gurau-gurau je.
Nissan Z 2023

Pengganti kepada Fairlady Z. Senang cerita kalau dah namanya kereta sport otai mana boleh tak ada pilihan gear manual. Barulah best nak perasap tayar belakang. Kalau tak sia-sia je ada 400hp kuasa.
Mini Cooper 2023

Terima kasih Mini kerana tawarkan pilihan kotak gear manual untuk model-model mereka. Ada pulak kereta lejen macam ni tak ada pilihan manual. Macam mana nak cilok cilok sampai rompak jongkong. Alamak terbawa-bawa pula peranan dalam filem Italian job. Sori deh.
Itulah antara pilihan kereta-kereta terbaik dengan kotak gear manual untuk tahun ini. Ingat kalau tak mampu dan masih nak rasa kereta manual buat macam abang. Beli Kancil EX ataupun Saga 1.3S.