Peranti

ACER LUASKAN TAWARAN PRODUK GAMING PREDATOR

Tidak ketinggalan, fon kepala Predator Galea 500 dan tetikus Predator Cestus 500 yang dilancarkan di IFA 2017 baru-baru ini.

Monitor Melengkung Predator X34P dan Z35P

Monitor X34P dan Z35P 21:9 yang bersaiz 34 dan 35 inci bersama paparan UltraWide QHD (3440 x 1440) menawarkan melengkungan mengagumkan iaitu 1900R dan 1800R.

X34P menampilkan satu panel IPS untuk menawarkan prestasi mantap menerusi warna yang jelas tanpa mengira sudut pandangan anda. Monitor Z35P pula menggunakan panel VA untuk sudut pandangan, kontras dan warna hitam yang lebih baik.

Ciri NVIDIA¨G-SYNCTM pada Predator X34P dan Z35P menjanjikan pengalaman yang lancar dan tidak terkoyak dengan menselarikan bingkai-bingkai yang diadun oleh GPU bersama kadar segar semula monitor.

Teknologi NVIDIA Ultra Low Motion Blur pula mengurangkan kekaburan pergerakan dengan memberikan persekitaran permainan video yang pantas kepada Predator Z35P.

Sudut pandangan 178 darjah menyediakan ruang tontonan maksimum dan memastikan permainan dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana posisi. Monitor Predator X34P dan Z35P hadir dengan julat warna 100% sRGB untuk memberikan kualiti warna yang jelas.

Tempoh maklum balas pantas iaitu 4ms dan kadar segar semula 100Hz yang menyokong overclocking sehingga 120Hz memberikan pemain kelajuan yang diperlukan untuk mengalahkan lawan mereka.

Dengan reka bentuk ZeroFrame, Predator X34P menawarkan pengalaman pandangan yang maksimum serta menyokong talaan multi monitor dengan baik.

Digabungkan dengan pembesar suara DTS¨Sound 9Wx2 dan Acer TrueHarmonyTM pada Predator Z35P, pengguna boleh menikmati skrin melengkung dan audio terbaik daripada sebuah skrin paparan.

Dipasang dengan Predator GameView, monitor-monitor yang unik ini boleh diubah suai dan disimpan dalam tiga mod bagi membolehkan pemain menukarnya dengan mudah ketika bermain. 

Selain mod Standard, ECO, Graphic dan Movie, terdapat tiga mod permainan video yang istimewa iaitu Action, Racing dan Sports. Ia boleh diakses dengan mudah menerusi satu hotkey atau menu On-Screen Display (OSD). Para pemain juga boleh menukar profil program mereka sendiri berdasarkan kepada kecenderungan masing-masing.

Teknologi Dark Boost menawarkan kejelasan lebih baik dalam persekitaran yang gelap untuk membantu pemain menyerang pihak lawan dan memperbaiki tembakan seperti yang ada pada ciri aim-points.

Dengan teknologi Flicker-less, BlueLightShieldTM, ComfyView dan Low-Dimming, monitor permainan video ini melindungi mata pemain selepas bermain dalam tempoh yang lama. Monitor ini juga boleh digerakkan dari -5¡ hingga 35¡ (Predator X34P) dan -4¡ to 35¡ (Predator Z35P), selain diubah posisinya sehingga 130mm ke atas dan ke bawah untuk mendapatkan posisi pandangan yang paling selesa.

Monitor Predator X34P ditawarkan pada harga RM4,299 dan boleh didapati bermula pertengahan Januari 2018. Sementara monitor Predator Z35P pula berharga RM3,899 dan boleh didapati sekarang daripada penjual sah Acer yang terpilih di seluruh negara.

Fon kepala Predator Galea 500

Predator Galea 500 membawa anda masuk sepenuhnya ke dalam permainan video, memberikan anda kemampuan untuk mendengar dan bukan sekadar melihat lokasi semua elemen yang ada di dalam permainan video tersebut.

Teknologi Acer TrueHarmonyTM 3D Soundscape menghasilkan ruang akustik berdasarkan kepada orientasi kepala pemain, meyakinkan otak bahawa bunyi itu datang dari satu arah yang tetap, seterusnya memberikan pengalaman yang unik dan pertama seumpamanya.

Dengan mod persekitaran yang boleh diubah suai, Predator Galea 500 membolehkan pengguna memilih daripada tiga mod iaitu EQ, Music, Movie dan Sport bersama kawalan suara.

Tampil dengan satu pacuan yang dibina menggunakan membran selulosa dan getah pada bahagian kelilingnya, fon kepala premium Predator Galea 500 menjanjikan kejelasan audio terbaik yang biasanya hanya boleh didapati pada sistem bunyi mewah demi menawarkan pengalaman sinematik kepada pemain.

Fon kepala Predator Galea 500 ditawarkan pada harga RM1,399 seunit.

Tetikus Predator Cestus 500

Tetikus Predator Cestus 500 baharu hadir dengan reka bentuk dua suis Omron yang membolehkan pemain menukar tahap halangan klik berdasarkan kepada permainan yang mereka mainkan.

Para pemain boleh mengubah suai tetikus Predator Cestus 500 dengan 16.8 juta warna RGB dan 8 corak lampu untuk disesuaikan dengan mood dan gaya. Anda juga boleh menggunakan 5 talaan profil pada aplikasi Predator QuarterMaster Acer.

Sama ada anda menggunakan tangan kanan atau kidal, reka bentuknya sesuai digunakan untuk kedua-dua belah tangan (ambidextrous). Bahagian sisi menyokong sehingga 4 mode penggunaan berbeza untuk keselesaan ergonomik yang terbaik.  Lebih penting lagi, penyambung USB yang disadur emas bersama kord membuatkannya cukup kukuh untuk semua bentuk permainan.

Predator Cestus 500 ditawarkan pada harga RM299 seunit. Kedua-dua produk ini sudah boleh didapati sekarang di penjual sah Acer yang terpilih di seluruh negara dan Acer Online Stores.

Sebagai sokongan padu kepada komuniti gaming, Acer ada menawarkan pelbagai aksesori seperti adaptor, pemacu luar DVD dan beg-beg premium.

Maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Acer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat)

Google ads
Back to top button