Modifikasi

AD RESORT CALIFORNIA WINGROAD

Jika dilihat kembali kepada sejarah, tidak ada pembuat yang yakin dengan pasaran wagon di Malaysia. Kereta Jepun cuma ada Nissan AD Resort. Saya fikir, ketidakpercayaan pasaran ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara. 

Namun, itu tak bermakna tiada peluang untuk ‘main’ kereta yang tidak popular, jika negara asalnya memang ada model yang datang dengan bodykit bagus dan enjin berkuasa. Kereta yang saya maksudkan ialah Nissan AD Resort. Kereta ini pada asalnya dibina dengan matlamat menjadi sebuah operator atau kenderaan komersial berskala kecil.

Baiklah, kenapa kereta ini macam sudah tidak lagi popular? Susah nak dapat barang? Mungkin ya atau mungkin tidak. Mungkin juga sebab ada banyak sangat kereta tahun 1990-an yang orang sibuk ubah suai, sehinggakan model ini sering terlepas pandang.

ag30

AD Resort kalau dalam bentuk standard sangatlah tidak cun dan bertaraf kodi. Tetapi apabila bodypart California Wingroad dipasang, enjin yang power dimasukkan, padangan terhadapnya automatik berubah 180 darjah.

Mula-mula Shahrul Zamri Zainal Abidin a.k.a Atan Y10 menukar enjin asal AD Resort ini dahulu. Model 1.6SLX bolehdianggap sebagai canggih juga sewaktu diperkenalkan, tidaklah lemau macam Satria 1.3.

Tetapi pada zaman teknologi semuanya menggunakan enjin EFI, menggantikan enjin moden adalah lebih afdal. Maka Atan Y10 pun memilih enjin SR16 Neo VVL yang datang daripada  kereta Nissan Pulsar N15. Selain daripada filter K&N, enjin kereta adalah dalam keadaan standard sepenuhnya. Pada pendapat peribadi saya, kalau nak laju janganlah pasang pada badan AD yang bertorsion beam belakang itu, pasang pada B13 barulah padan modified sampai pengsan.

ag1

Kira beruntung juga Atan Y10 kerana dapat kotak manual lima kelajuan. Kata mereka yang main kereta Nissan, agak rare juga SR16 manual. Kotak gear ini diperkemaskan dengan pelapik klac Trinity. Sebaik memecut, kereta dikawal oleh suspensi TEIN boleh laras di bahagian hadapan daripada model N14. Selain set suspensi Kayaba boleh laras daripada model Suzuki. Saya baru tahu bahawa suspensi boleh laras daripada model Suzuki guna pada kereta ini. Saya syak mungkin Swift, takkan Alto pula, betul tak?

Set brek lengkap dengan pam dan servo depan disalin daripada Neo N15. Brek belakang jenis gelendong dikekalkan kerana boleh tahan susahnya untuk memasukkan mana-mana brek cakera pada AD Resort. Dilemanya ialah sistem suspensi torsion beam yang tidak membenarkan banyak pilihan brek.

Rim yang digunakan pada kereta ini ialah Titan Racing yang bentuknya saling tak tumpah macam Gramlight 57Pro. Ia dipadankan dengan tayar Zeta bersaiz 205/50/16. Pelik betul nama tayar ni, pertama kali saya dengar. Takpelah, janji jangan tayar jenama Ling Long sudah, bunyi serupa jenama stokin wanita.

ag27

Bahagian dalaman kereta nampak seragam dengan tempat duduk dan panel pintu yang ditukar kepada model Wingroad Army USA. Pelik betul nama modelnya. Tetapi itulah hakikatnya. Orang Jepun yang kerja bahagian pemasaran sangat bangga dengan sesuatu yang bertemakan Amerika.

Sterengnya nampak cun dengan beg udara yang saya rasa cuma hiasan sahaja. Mustahil betul nak buat beg udara itu berfungsi. Tuil gearnya jenama Nardi Torino, bahagian dalaman banyak juga yang disalin daripada model Wingroad biasa spesifikasi Jepun.

AD Resort bukanlah serupa kereta lama yang boleh biar badannya standard saja. Kalau setakat direndahkan dan tukar rim, ia takkan mengubah banyak pandangan orang. Masih kelihatan seperti kereta pasar malam.

ag6

Jadi, Atan Y10 memasukkan bodykit Wingroad dan California pada bahagian hadapan dan belakang termasuklah sunroof. Malah grilnya lengkap dengan spotlight dari model apa entah. Bonet depannya ada hood protector atau car bra asli aksesori Wingroad. Warna hijau yang dilayangkan pada kereta  dicuri daripada katalog warna Honda Jazz.

Apabila Bard pergi ambil gambar budak-budak kelab AD Resort, barulah saya perasan bahawa  kereta ini masih unggul di mata para peminatnya.

[hr]

Spesifikasi

Model: Nissan AD Resort 1.6 SLX / 1996

Enjin: SR16 NEO VVL, Pulsar N14, filter K&N, plug iridium.

Transmisi: Manual lima kelajuan, klac Triniti

Suspensi

Hadapan: TEIN N14 boleh laras

Belakang: Kayaba 8 step Suzuki

Brek

Hadapan: N14

Belakang: standard

Rim: Titan racing 16 inci

Tayar: Zeta 205/50/16

Dalaman: Tempat duduk dan panel pintu Nissan Wingroad Army USA, knob Nardi Torino dan dalaman Wingroad

Luaran: Bodykit Wingroad California, sunroof, car bra, warna fresh lime green Honda Jazz

[hr]

Galeri

ag5ag8ag9ag13ag14SONY DSCag17ag18ag19ag20ag21ag23ag32ag45ag33ag46SONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button