ADAM NORRODIN NAIK PODIUM LAGI
Pelumba negara, Adam Norrodin sekali lagi naik podium dengan meraih kedudukan ketiga saingan Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal.
Pada April lalu, Adam berjaya mencuri tumpuan apabila tunggangan cemerlangnya berjaya menamatkan perlumbaan di Litar Estoril dalam kejuaraan sama di tempat ketiga.
Penunggang berusia 22 tahun itu sekali lagi berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pusingan Kedua Kejuaraan CEV Moto2 Eropah Litar Ricardo Tormo, Valencia, Mei lalu.
Pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu memulakan perlumbaan pada petak ketiga berjaya mengekalkan momentum sehingga tamat perlumbaan sekali gus memastikan tempat ketiga miliknya.
Juara perlumbaan itu dimenangi pelumba pasukan Boscoscuro Talent Team-Ciatti Fermin Aldequer dan Alonso Lopez.
Secara keseluruhan, Adam yang juga terkenal dengan gelaran Torete berjaya memungut 76 mata untuk berada di kedudukan 76. –HM