
AMPLE BINA STESEN PERTUKARAN BATERI EV, AMBIL MASA LIMA MINIT SAHAJA
Syarikat pengeluar bateri dari California, Ample, baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka sedang menyasarkan untuk mengurangkan masa penukaran bateri kenderaan elektrik.
Menurut laporan, Ample sedia melakukan revolusi bagi penukaran bateri yang dicas penuh dengan hanya mengambil masa lebih kurang daripada lima minit.
Di dalam dunia serba pantas, tiada apa mustahil untuk dilakukan, lebih-lebih lagi ada banyak teknologi masa kini adalah hasil daripada angan-angan kita sahaja sebelum ini.

Langkah berkenaan pastinya memberi nilai tambah kepada pengeluar kenderaan elektrik untuk memberi keyakinan kepada pembeli.
Jelas Ample, “pemandu akan mengakses penukaran bateri melalui aplikasi di telefon pintar sebelum memulakan pertukaran bateri. Itu sahaja perlu dilakukan. Ia adalah langkah mudah serta pantas.”
Ample bukan sekadar berpuas hati menyelesaikan masalah pertukaran bateri tetapi juga percaya bahawa stesen pertukaran baterinya adalah satu inovasi berguna bagi segmen kenderaan elektrik.
Walau bagaimanapun, stesen ini masih di peringkat awal untuk dinilai keberkesanannya, namun sekiranya berfungsi dengan baik, sudah tentu ia boleh mengubah cara pandang orang ramai terhadap kenderaan elektrik.



