Buletin

STARBUCKS DAN IKEA BERMINAT BINA STESEN PENGECASAN EV

Bisnes sentiasa perlu meneroka peluang-peluang baru, inovatif dan kreatif. Itulah yang cuba dilakukan oleh Starbucks dan Ikea apabila mereka berminat untuk menyediakan stesen pengecas EV. Malah, Starbucks mengumumkan bahawa ia akan membina 60 pengecas pantas di 15 premisnya.

Mungkin sebelum ini, pemilik EV terpaksa menghabiskan banyak masa dengan menunggu di 7Eleven terdekat sementara kereta mereka di cas. Bagi pemilik Audi e-tron GT, mereka mungkin lebih bernasib baik kerana boleh untuk bersantai di ruang istirahat yang disediakan.

Justeru, idea menjadikan pengecasan kereta EV semudah mendapatkan secawan kopi adalah satu model bisnes yang bagus, selain dapat meningkatkan jumlah pelanggan ke Starbucks.

Pembinaan pengecas itu bakal menjangkau dari Seattle ke Denver, Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini. Setiap lokasi tersebut berada tidak lebih daripada 100 batu dengan ChargePoint yang menyediakan pengecas pantas DC.

Selain Starbucks, Ikea turut bekerjasama dengan Electrify America dengan matlamat yang sama. Ikea mula melaksanakannya di Denver dan merancang untuk memasang pengecas pantas di 18 negeri dan 25 kedai di AS.

Percaya atau tidak, tidak ada pengecasan awam yang mudah dan boleh dipercayai di AS. Ia nyata tidak cukup untuk menggalakkan penggunaan EV secara meluas seperti diharapkan oleh industri sehingga ada perniagaan yang mampu menyediakannya pada skala lebih besar.

Jika tidak, EV akan hanya mampu dimiliki oleh orang kaya sahaja.

Google ads
Back to top button