Buletin

TIM COOK KENA KUTUK KERANA TAK BERSEMANGAT KIBAR BENDERA. NOK KO SUASANO JAH DI GRAND PRIX AMERIKA SYARIKAT

Kecoh di laman sosial apabila Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook jadi bahan perbualan warganet kerana kelihatan tidak bersemangat mengibarkan bendera di Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas.

Cook menjadi yang terbaru dalam senarai panjang tokoh terkenal setelah David Beckham dan Serena Williams bagi menandakan tamatnya perlumbaan F1 dengan mengibarkan bendera checkered.

Foto Cook mengibarkan bendera tersebut, bagaimanapun, mencetuskan pelbagai kritikan dan jenaka.

YouTuber Chris Dixon, yang mempunyai lebih lima juta pengikut, mencadangkan bahawa Cook secara tidak sengaja mengambil ‘kursus mengibarkan bendera negara anda.’

Akaun Twitter rasmi ESPN menyertai jenaka secara sinis memberitahu bahawa Cook terlalu ‘bertenang.’

Pengulas Sky Sports, Ted Kravitz turut mengatakan bahawa “kemungkinan ini kibaran bendera checkered paling teruk dalam sejarah Formula Satu. Semua kekayaan di dunia, semua iPhone dan iPad, tidak dapat memberikan anda pergelangan tangan yang kuat,” tambahnya.

Warganet juga mengambil peluang untuk menyindir model perniagaan Apple dengan seorang peminat perlumbaan menulis tweet: “Tim Cook telah berjanji untuk mengibarkan bendera dengan lebih baik tahun depan, tetapi anda perlu membayarnya AS$1,500 (RM7,096) untuk naik taraf.”

Seorang penyokong dari Perancis juga berkata bahawa kelambatan Cook menyerupai bateri iPhone pada penghujung hari.

Tim Cook juga mengalami detik memalukan apabila Martin Brundle, bekas pemandu yang kini merupakan seorang wartawan, tidak mengenali Cook di grid walk lalu menolaknya untuk memeriksa brek pada salah satu kereta.

Pada perlumbaan tersebut, Max Verstappen telah mencipta rekod kemenangan terbanyak dalam musim F1 manakala Red Bull memperoleh kejuaraan pembina.

 

Google ads
Back to top button