Artikel Pilihan

MITSUOKA DAN MODEL KLASIK MEREKA

Baru baru ini Brader Karrager ada berkongsikan tentang sebuah model ala klasik daripada Mitsuoka. Memandangkan, mereka mempunyai beberapa buah model lama yang agak menarik, apa kata kita imbas kembali beberapa buah model yang pernah dikeluarkan oleh Mitsuoka ini.

Mitsuoka Le-Seyde

Jelas sekali model ini benar benar klasik. Seperti yang biasa kita tonton di kaca televisyen, kereta yang lahir di era 30an / 40an di negara barat. Dia punya panjang muncung memang jenis tak boleh bawa berbincang kalau masuk parkir. Model ini mempunyai tiga generasi yang bermula pada tahun 1990 dengan model Nissan S13 sebagai asasnya. Generasi kedua (versi convertible) pula menggunakan Ford Mustang sebagai asasnya. Selamba aja guna enjin V8. Manakala generasi ketiga pada tahun 2000 kembali menggunakan Nissan S15 sebagai asas utama pembinaan model Le-Seyde ini.

Mitsuoka Orochi

Barangkali ini merupakan sebuah model moden yang pasti sukar untuk di-klasik-kan. Boleh teka model apa sebenarnya ini? Asasnya adalah merupakan model Honda NSX. Secara jujurnya Honda NSX ini merupakan sebuah model Super Car yang telah cukup sempurna penampilan luarannya. Sayangnya ketika ia memakai lencana Mitsuoka, rupa hadapannya sedikit pelik. Persis mulut ikan pula gril hadapannya itu. Usah ditanya siapakah pemilik model spesis ikan yang pelik ini. Produksinya bermula pada tahun 2006 dan tamat pada tahun 2014.

Mitsuoka Ray

Model kompak ini turut menjadi pilihan untuk di retro kan oleh Mitsuoka. Seperti yang dilihat, asas model ini merupakan salinan mudah daripada Daihatsu Miro Gino generasi pertama. Senang betul kerja Mitsuoka kali ini. Sebetulnya ini merupakan generasi ketiga Mitsuoka Ray yang dikeluarkan sekitar tahun 2002 – 2004. Generasi pertama dan kedua dibina berdasarkan model Mazda Carol.

Mitsuoka Yuga

Benar, ini adalah salinan kepada lagenda Teksi London @ Black Cab. Saling tak tumpah seperti model ikonik bagi Kotaraya London. Lantas, model apakah sebenarnya model Mitsuoka Yuga ini berasal? Perodua Kenari? Hyundai Atos? Sebenarnya model Nissan Cube yang mempunyai dimensi yang lebih bersuaian telah dipilih untuk menyerupai teksi tersebut. Tapi model ini tidaklah pula pernah dijadikan sebagai teksi. Sekadar untuk berseronok memandu pusing keliling bandar sahaja.

Mitsuoka Galue

Ok, sejujurnya model inilah yang paling nampak senonoh bila mana ianya di-retro-kan. Dengan saiz kereta yang bersesuaian, ianya nampak sangat seperti sebuah kereta ultra mewah seperti Jaguar / Rolls-Royce. Generasi pertama pada tahun 1996 menggunakan model Nissan Crew (HK30) sebagai model asasnya. Dan generasi terakhir, keempat ketika dikeluarkan menggunakan Nissan Teana sebagai asas utama model Mitsuoka Galue.

Kemuncuk kepada model ini adalah sebuah model limo yang turut diperkenalkan. Ianya dibina daripada model Infinit M35. Ini kalau CEO pakai pun nampak betul – betul bergaya serupa Jutawan Kosmetik. Kan?

BACA : MITSUOKA RYUGI – KERETA MODEN DENGAN GAYA KLASIK

BACA : KERETA KLASIK LANCIA YANGRARE UNTUK DILELONG

Google ads

B K

Back to top button