Motosikal

CARGLOSS JUAL HELMET MESRA HIJAB DI INDONESIA. RM81.50 SAHAJA

Pembuat topi keledar dari Indonesia, Cargloss dilapor telah melancarkan topi keledar yang khusus untuk penunggang motosikal berhijab.

Dikenali sebagai Cargloss YRM Hijab, produk itu diperkenalkan sempena acara IIMS Motorbike Expo yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta. Sebagai promosi, Cargloss akan menawarkan topi keledar itu pada harga istimewa iaitu hanya 275,000 rupiah (RM81.50) sahaja. 

“Kita maklum bahawa majoriti di Indonesia beragama Islam dan semakin ramai wanita yang menunggang motosikal. Sebab itulah kami hasilkan topi keledar ini,” kata jurucakap Cargloss, Maman Haruman. 

Topi keledar itu menampilkan konsep yang sesuai dengan wanita menerusi penggunaan warna-warna lembut. Ia juga dikatakan selesa dipakai oleh wanita berhijab. 

“Pengguna tidak akan rasa terganggu walaupun mereka memakai tudung. Ini kerana kami telah mereka pelindung kepala dengan mengubah bentuk khas untuk sanggul mereka. Jadi, golongan wanita tidak akan rasa janggal atau tidak selesa,” kata Maman lagi. 

Biarpun bahagian belakangnya kelihatan sedikit menonjol, rekan itu bagaimanapun tidak mengabaikan aspek keselamatan.  

Ada nak masuk Malaysia ke ni? ramai nak beli rasanya. 

Google ads
Back to top button