Motosikal

BENELLI BX250 & BENELLI TORNADO NAKED T-135

DSK Motowheels mendedahkan model  Benelli BX250 Motard dan  Tornado Naked T-135 pada Auto Expo 2016 di Greater Noida. Syarikat berkenaan merancang untuk melancarkan kedua-dua model tersebut pada tahun ini.

Benelli-Tornado-Naked-T-135-exhaust-at-Auto-Expo-2016-1024x681 (5)

Menurut laporan Indianautosblog, model BX250 dikuasakan enjin bersesaran 249.2 cc penyejukan cecair silinder tunggal DOHC. Kuasa yang dihasilkan ialah 25.15PS @  9,000 rpm dan tork 21.5Nm @ 7,500 rpm bersama transmisi enam kelajuan.

Benelli melengkapkan model tersebut dengan casis tubular, suspensi fork terbalik 50mm di hadapan dan progressive link di belakang. Tidak ketinggalan cakera brek 280mm di hadapan dan cakera brek 240mm di belakang.

Benelli-Tornado-Naked-T-135-exhaust-at-Auto-Expo-2016-1024x681 (6)

Sementara, bahagian kaki dipadankan dengan tayar hadapan 100/80-ZR17 dan belakang  130/70-ZR17.  Dimensi Benelli BX250 ialah 1,450mm bagi jarak roda,  tinggi pelana 890 mm dan berat jentera 135 kg.  Tangki minyak bersaiz 9.6 liter.

Sementara,  TNT Naked T-135 dikuasakan enjin 124.8 cc penyejukan udara silinder tunggal SOHC, yang menghasilkan kuasa 12.64 PS @ 9,000 rpm dan 10.8Nm @ 7,000 rpm. Penghantaran kuasa yang lancar ke roda belakang ditugaskan kepada kotak gear lima kelajuan.

Benelli-Tornado-Naked-T-135-exhaust-at-Auto-Expo-2016-1024x681 (1)

TNT Naked T-135 didatangkan dengan senarai spesifikasi 7.2 liter tangki minyak, kelegaan tanah 160mm, jarak roda 1,215mm, tinggi pelana 780mm dan berat 121kg.

Keselesaan tunggangan dipacu dengan fork USD di hadapan dan penyerap hentak hidraulik dengan pelarasan beban di hadapan.

Benelli-Tornado-Naked-T-135-exhaust-at-Auto-Expo-2016-1024x681 (3)

Keupayaan membrek diserahkan kepada cakera brek 220 mm bersama double piston caliper di hadapan dan belakang cakera brek 190mm bersama piston caliper tunggal. Melengkapkan ciri berkenaan ialah tayar bersaiz 120/70-ZR12 di hadapan dan 130/70-ZR12 di belakang.

Kredit foto: Indianautosblog

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button