Motosikal

BENELLI TNT 25

Benelli Keeway Motorcycles Sdn. Bhd. (BKM), pemasang dan pengedar motosikal jenama Benelli dan Keeway di Malaysia melancarkan Benelli TnT25 ke pasaran tempatan.

Benelli-TNT25-mekanika3

Model baharu dalam rangkaian keluarga Benelli di Malaysia itu akan berada di pasaran tempatan selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

November lalu, model tersebut sudah pun dilancarkan di Itali, India, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain.

Benelli TnT25 dilengkapi oleh enjin satu silinder penyejukan  cecair.  Ia mampu menghasilkan kuasa 25.2hp @ 9,000rpm dan tork setinggi 21.5Nm @ 7,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu transmisi 6 kelajuan.

Benelli-TNT25-mekanika1

Model naked berkenaan turut menerima beberapa perubahan kecil antaranya penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41mm dan sistem brek cakera tunggal 280 mm.

Jentera dengan berat 150kg itu didatangkan dengan saiz tayar 110/70-17 di hadapan dan 150/60-17 di belakang.

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, Wan Najib Wan Daud berkata, Benelli TnT25 adalah model naked sport terbaru yang melengkapkan model lain TnT300, TnT600 dan TnT899 dan TreK 1190.

Benelli-TNT25-mekanika2

“Ia memberi pilihan kepada pengguna sedia ada atau baharu tanpa perlu menaik taraf kelas lesen  B2 kepada B,” katanya.

Selain itu, BKM tidak meletakkan sasaran jualan yang tinggi untuk model TnT25. Namun, berharap ia mampu memecah dominasi jenama Jepun dalam pasaran 250cc.

Benelli TnT25 akan dijual pada harga RM12,990 (tidak termasuk GST) dan didatangkan dengan dua warna iaitu merah dan hijau.

Model tersebut didatangkan dengan jaminan selama setahun atau 10,000km (yang mana datang dahulu).

Tempoh jaminan boleh dilanjutkan untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM, www.benelli.keeway.my.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button