Buletin

BENTLEY BENTAYGA V8 DESIGN SERIES – 550PS, TORK 770Nm

Bentley baru-baru ini memperkenalkan SUV mewah yang dikenali sebagai Bentayga V8 Design Series.

Ia dihasil menggunakan tangan di kilang Bentley di Crewe, England ia dibina di atas varian Bentayga V8. 

Model edisi terhad itu menggabungkan reka bentuk luaran Mulliner yang terdiri daripada rim aloi Palladium Grey Paragon berwarna kelabu, paip ekzos berkembar, lencana Design Series dan emblem B yang kekal menegak walapun roda sedang berpusing. 

Kemewahan ruang kabin diserlahkan dengan kemasan dua tona serba baru yang boleh dipilih sama ada warna merah, oren, putih dan biru.

Kemasan karbon juga dipasang pada papan pemuka, di samping pelbagai opsyen tambahan untuk pelanggan.  

Bentayga V8 Design Series dikuasakan oleh enjin petrol V8 bersesaran 4.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 550PS dan tork 770Nm. Ini membolehkan SUV besar ini memecut pada kelajuan maksimum 290km/j dan mencatat pecutan 0-100km/j dalam masa cuma 4.4 saat. 

Kuasa itu disalurkan ke semua roda yang turut dilengkapi ciri Electronic Differential Lock dan empat mode pemanduan dinamik. 

GALERI

Google ads
Back to top button