Buletin

KEJOHANAN GOLF AMAL MAZDA KE-8 BERJAYA KUMPUL DANA RM509K UNTUK GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Bermaz Motor, pengedar tunggal kenderaan Mazda, menganjurkan Kejohanan Golf Amal Mazda ke-8 untuk Dana Medicare (MMF) Mazda. Dana Medicare Mazda bertujuan menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

MMF ditubuhkan pada 2015, diuruskan bersama oleh Prima Merdu Sdn Bhd dengan kerjasama B. Braun Avitum Renal Services untuk menyediakan rawatan hemodialisis yang menyelamatkan nyawa bagi pesakit penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD). Sepanjang 6 tahun lalu, MMF telah menyumbang sejumlah RM3.6 juta yang menyokong lebih 266 pesakit di seluruh Malaysia.

MMF juga menyokong pelbagai komuniti kebajikan seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, orang kurang upaya dan kanak-kanak sindrom down melalui bantuan kewangan serta acara amal. Komuniti amal dipilih dan ditapis dengan teliti oleh pasukan MMF untuk memastikan semua derma di komuniti amal digunakan dengan baik.

Tahun ini, kejohanan amal itu diadakan di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam dan telah menerima 144 penyertaan. Acara itu juga berjaya mengumpul RM 509,183 berkat sokongan pemain golf, penderma serta penaja yang bermurah hati. Hasil daripada dana akan diagihkan kepada Dana Medicare Mazda (MMF).

Semasa majlis makan tengah hari penyampaian hadiah, wakil daripada pelbagai penerima manfaat daripada Hospital Kanser Mount Miriam TKPKMM (Tabung Kebajikan Penyakit Kanser Gunung Mariam) di Pulau Pinang, Pusat Jagaan Titian OKU Nur dan Pertubuhan Kebajikan Perlindungan Jothi Viyasar Negeri Sembilan ijemput ke atas pentas untuk menerima cek.

Mazda Privilege Card yang diperkenalkan sejak 2018 di mana yuran pendaftaran pemohon atau RM100 akan digunakan sebagai sumbangan kepada MMF. Pemilik Mazda bukan sahaja akan menyokong dan membantu golongan kurang bernasib baik, malah akan menikmati pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain menyumbang kepada masyarakat, pemilik MPC boleh menikmati diskaun 15 peratus untuk alat ganti tulen Mazda terpilih serta barangan rasmi, selain tawaran diskaun 5 peratus untuk caj buruh di bilik pameran dan pusat servis Mazda yang dikendalikan oleh Bermaz Motor dan Prima Merdu.

Google ads
Back to top button