Buletin

BIDAAN NOMBOR PLAT KHAS ‘UM’ BERMULA HARI INI. HARGA MINIMUM RM1,000

Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan “UM” boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.

Universiti Malaya (UM) dalam kenyataan memaklumkan bahawa nombor pendaftaran tersebut merupakan satu simbol unik yang dapat dipaparkan pada kenderaan dan ditawarkan kepada orang awam.

Naib Canselor UM Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapan pelancaran bidaan nombor pendaftaran itu berkata, ia bukan sekadar nombor plat kenderaan. Tetapi merupakan satu manifestasi seseorang sebagai “warga UM”.

Pembida juga secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada dana pembangunan, penyelidikan dan kebajikan pelajar UM.

“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan UM merupakan antara inisiatif menjana pendapatan university. Selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul dan antara yang terbaik di dunia,” kata Mohd Hamdi.

Inisiatif itu juga dilihat mampu menarik lebih ramai alumni UM untuk menyumbang kepada universiti itu. Di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Sesi bidaan pertama yang berlangsung selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac 2021 menawarkan 100 nombor plat UM yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Bidaan boleh dilakukan menerusi laman web https://hebat.um.edu.my.

Untuk makluman, UM merupakan universiti terbaik di Malaysia dan berada di kedudukan 59 terbaik di dunia. – Bernama

Google ads
Back to top button