Buletin

BIG BIKE WAREHOUSE KEMBALI BERMULA HARI INI SEHINGGA 4 APRIL

Jualan gudang Big Bike Warehouse kembali menawarkan pelbagai promosi menarik bermula hari ini sehingga 4 April di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, Big Bike Warehouse menawarkan lebih daripada 100 buah unit motosikal baharu Harley-Davidson dengan jaminan antarabangsa 2 tahun.

Selain itu, jualan kali ini menampilkan beberapa jenama terkemuka seperti Aprilia, Vespa, Moto Guzzi serta aksesori seperti HJC, Zeus, Givi, Shima, Vite, Ipone, Hypergear dan Cardo.

Penganjuran jualan Big Bike Warehouse pertama yang dianjurkan Goh Brothers Group pada tahun 2020 di Gasket Alley mencatatkan jualan mencecah RM4.5 juta dengan penjualan lebih 50 buah motosikal dan pelbagai aksesori.

Justeru, orang ramai yang ingin mendapatkan tawaran menarik boleh mengunjungi Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur di No. 316, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula pada jam 10 pagi hingga 7 petang.

Google ads
Back to top button