Buletin

BIKIN KUBUR TEPI JALAN, ELAK ORANG BUANG SAMPAH

Penduduk daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah mempunyai cara tersendiri  menghalang orang ramai membuang sampah merata-rata dengan membina sebuah kubur di tepi jalan berhampiran sungai.

Menurut laporan Suara.com, kubur terbabit lengkap dengan taburan bunga dan batu nisan itu adalah simbolik dalam bentuk protes agar masyarakat setempat bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di kawasan tepi sungai itu.

“Kubur ‘arwah’ sampah,” tulis satu papan tanda di tepi kubur tersebut.

Gambar kubur itu dimuat naik di Instagram dengan ada antara netizen yang memberitahu bahawa lokasi tersebut sering menjadi tempat pembuangan sampah.

“Sering terlihat banyak sampah dibuang di tepi sungai itu,” tulis seorang netizen.

“Mungkin pemerintah setempat perlu menyediakan kemudahan khas untuk membuang sampah,” komen seorang lagi. – Kosmo!

Google ads
Back to top button