Motosikal

BMW S 1000 R 2021 JENGAH PASARAN MALAYSIA. 2 VARIAN, HARGA BERMULA RM104,500

BMW Motorrad Malaysia mendedahkan S 1000 R 2021 untuk pasaran tempatan yang tampil dengan dua varian, S 1000 RR Style Sport dan M Package.

Varian Style Sport ditawarkan pada harga RM104,500 manakala M Package pula didatangkan tag harga RM119,500.

Jentera ikonik dibangunkan dengan mengggunakan kerangka Flex Frame ditawarkan pilihan warna perak (Hockenheim Silver Metallic) bagi varian Style Sport.

Bagi varian M Package pula, ia didatangkan dengan kombinasi warna putih (Light White), biru (Racing Blue Metallic) dan merah (Racing Red).

Rekaan terbaharu menyerlah pada jentera itu merupakan bahagian lampu hadapan dan lampu brek LED yang menawarkan Headlight Pro serta Daytime Running Lamp.

BMW S 1000 R mendapat khidmat enjin empat silinder 999 cc yang mampu menjana kuasa 207 hp @ 13,500 rpm dan tork 113 Nm @ 11,000 rpm.

Selain itu, ia dilengkapi teknologi BMW ShiftCam dan penggunaan bahan api serendah 6.4 liter untuk setiap 100 km.

Ia turut hadir dengan empat mod tunggangan bagi memberi keselesaan kepada penunggang iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race.

Antara ciri-ciri lain menarik termasuk Dynamic Traction Control, ABS Pro, BMW Motorrad Integral ABS, Dynamic Engine Brake Control (DBC), Dynamic Damping Control (DDC), Cruise Control serta HP Shift Assistant Pro.

BMW M Package pula menawarkan BMW M Endurance Chain secara eksklusif, ia bebas penyelenggaraan dan meminimumkan impak alam sekitar

Kelengkapan dan aksesori eksklusif yang ditawarkan bagi varian BMW M Package meliputi tempat duduk M Sport, bateri M serba ringan, peredam bunyi sport dan M GPS Laptrigger.

Kedua-dua varian BMW S 1000 R baharu boleh didapati di pusat pengedaran terpilih BMW Motorrad di seluruh negara mulai 27 Ogos 2021.

GALERI:

Google ads
Back to top button