Motosikal

BMW DEDAH F 900 XR, CE-04 POLICE EDITION

Pengeluar kenderaan, BMW mendedahkan dua jentera terbaharu F 900 XR dan CE-04 versi Police Edition pada konvensyen terbesar Keselamatan Dalam Negeri di Milipol Paris 2021.

Model CE-04 Police Edition dibangunkan untuk digunakan sebagai rondaan sekitar bandar didatangkan dengan lampu isyarat LED pada bahagian hadapan.

Selain itu, ia hadir dengan lampu isyarat berpusing di belakang, ruang simpanan pada bahagian sisi dan atas serta siren.

Skuter yang mendapat khidmat motor elektrik 30 kW itu mampu mencecah kelajuan maksimum 120 km/j.   

Bagi jentera F 900 XR pula, ia dilengkapi pannier sisi keras, penutup tempat duduk dan lampu isyarat berpusing LED.

F 900 XR mendapat khidmat enjin berkembar 895 cc yang mampu menjana kuasa mencecah 99hp.

Motosikal tourer itu amat sesuai digunakan untuk mengejar penjenayah malah merupakan jentera peronda sesuai bagi lebuh raya dan kawasan luar bandar terutama di negara-negara Eropah.

Sehingga kini, BMW telah membuat penghantaran sebanyak 160,000 unit motosikal penguatkuasa di 150 negara seluruh dunia. –rideapart

Google ads
Back to top button