Buletin

PENUMPANG KERETA API BAWAH TANAH KENA SIMBAH ASID DI TOKYO

Dua penumpang kereta api bawah tanah diserang dengan cecair asid di stesen Shirokane Takanawa, Tokyo.

Seorang mangsa berusia 22 tahun yang merupakan ahli perniagaan melecur di bahagian muka selepas suspek menyembur cecair kepadanya di kawasan eskalator.

Penyiar tempatan, NHK melaporkan mangsa cedera parah akibat semburan cecair yang dikenal pasti sebagai asid sulfurik.

Seorang lagi mangsa adalah wanita berusia 34 tahun yang mengalami kesan luka terbakar di bahagian kaki.

Serangan berlaku semasa acara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo diadakan dengan kawalan ketat di ibu negara Jepun itu.

Pihak polis berkata, suspek dipercayai dalam lingkungan umur pertengahan masih bebas dan pihaknya sedang giat melakukan rondaan di kawasan itu.-Utusan

Google ads
Back to top button