Motosikal

BONNEVILLE STREET TWIN

Memperkenalkan Bonneville Street Twin serba baharu!. Motosikal yang menyasarkan pelbagai peringkat penunggang. Bermula dari mereka yang masih baru dengan jentera bersesaran tinggi. Sehingga ke penunggang yang mahukan  jentera yang boleh dikustom sendiri.

Triumph-Street-twin-mekanika (8)

Street Twin merupakan model paling kontemporari dalam barisan Bonneville. Ia juga satu-satunya model yang menggunakan enjin baharu 899cc. Menerusi kapasiti itu mampu menghasilkan tork maksimum 80Nm pada kitaran enjin 3,200rpm. Penghantaran kuasa lancar dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama teknologi ride-by-wire. Ini bermakna, Street Twin mampu memberikan pecutan agresif.

Walaupun prestasinya bertambah, tetapi Triumph memberitahu bahan bakar lebih jimat 36 peratus berbanding sebelumnya.

Triumph-Street-twin-mekanika (9)

Rekaan yang ditampilkan oleh Street Twin memiliki seni tertinggi. Ciri berkenaan diserlahkan dengan kemasan warna hitam dengan peringkat kualiti kerja yang terperinci. Sementara, lampu belakang Street Twin turut didatangkan dengan jenis LED.

Rekaan baharu ekzos keluli tahan karat pada kedudukan lebih atas tampil elegan. Dan, ketika pendikit dipulas lebih laju,  maka bunyi garang khas British Twin akan terdengar dari ekzos berkenaan.

Triumph-Street-twin-mekanika (4)

Sebagai standard Street Twin didatangkan dengan ciri ABS.  Bagi memenuhi keperluan masa kini, Triumph turut menawarkan soket USB. Memudahkan operasi mengecas telefon pintar.

Di hadapan penunggang tersedia satu meter bulat besar. Hasil gabungan informasi digital dan analog. Ia meliputi indikator posisi gear, odometer, tetapan dua trip perbatuan, indikator servis, had penggunaan dan baki bahan bakar, ABS serta waktu.

Triumph-Street-twin-mekanika (3)

Selain itu, Triumph turut mengambil kira pelbagai peringkat saiz potensi pembelinya. Bagi mereka yang memiliki kaki pendek boleh menarik nafas lega. Triumph kini menawarkan pelana lebih rendah.

Bagi mereka yang inginkan jentera tersendiri, bolehla melakukan kustom dengan barisan senarai aksesori yang luas. Hampir 160 jenis penggayaan ditawarkan. Ia termasuk pelana, ekzos baharu Vance & Hance, bar hendal dan indikator peluru.

Triumph-Street-twin-mekanika (6)

Pembeli boleh memilih tiga pakej kit yang ditawarkan iaitu Scrambler Inspiration, Brat Tracker Inspiration dan Urban Inspiration.

Street Twin ditawarkan dengan empat warna menarik: merah, perak, hitam matt dan hitam berkilat.

Triumph-Street-twin-mekanika (2)

Antara pesaing terdekat Street Twin ialah Ducati Scrambler dan Harley-Davidson Street 750.  Untuk mendapatkan spesifikasi lengkap Street Twin anda perlu menunggu Disember hadapan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button