Buletin

BUAT HAL!!! DAKWA SUAMI CURANG. TAHAN KERETA SAMPAI TRAFIK JAM

Seorang wanita nekad mengejar suaminya yang memandu Range Rover di Pedder Road, di tengah bandar Mumbai, India menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menurut sumber pihak polis, ketika kejadian terdapat seorang penumpang wanita di dalam kereta bersama suaminya.

Aliran trafik di Pedder Road terganggu seketika akibat pergaduhan yang tercetus antara pasangan itu.

Polis trafik memberi amaran kepada wanita terbabit kerana meninggalkan kenderaan di tengah jalan raya sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, pihak polis berkata tiada kesalahan jenayah direkodkan dalam insiden yang menjadi viral di laman sosial itu.

Difahamkan, wanita berkenaan mengesyaki suaminya berlaku curang sehingga menahan Range Rover terbabit.

Melalui rakaman video, wanita itu kelihatan menjerit-jerit malah duduk di atas bonet hadapan kenderaan sambil memukul cermin menggunakan selipar.

Polis trafik yang berada di tempat kejadian telah menahan mereka dan membawa ke balai polis Gamdevi. – agensi.

Tags
Google ads
Back to top button