Buletin

PROTON KONGSI VIDEO TEASER X50 DI FB. LANCAR TAK LAMA LAGI?

Saya yakin ramai yang tidak sabar untuk menunggu pelancaran model SUV kompak daripada Proton ini. Sejak tahun lalu, berita tentang X50 sentiasa menjadi topik hangat dalam kalangan warganet. 

Selepas berjaya dengan SUV x70, Proton nampaknya mahu menguasai pula segmen SUV lebih kecil menerusi X50. Nampaknya, penantian itu mungkin berakhir tidak lama lagi kerana Proton baru sahaja berkongsi video teaser X50 di laman FB rasminya. 

Lebih menarik, ideo itu memaparkan X50 tanpa sebarang pelekat samaran. Video berdurasi 38 saat itu menyaksikan X50 memimpin model-model Proton yang lain seperti Persona, Saga, Exora dan X70 di satu litar ujian. 

https://www.facebook.com/watch/?v=964080037410935&extid=uxN50kIqflnFuRzB

Video itu juga menunjukkan dengan jelas profil sisi, lampu LED, lampu nyalaan siang, logo baharu Proton dan ekzos untuk model X50. Selain video tersebut, Proton tidak memberikan sebarang maklumat tambahan. 

Namun, berdasarkan kepada banyak laporan sebelum ini, X50 dijangka menggunakan enjin turbo bersesaran 1.5 liter berkuasa 177hp dan tork 255Nm yang kemudian dipadankan bersama kotak gear DCT. 

Sebagai sebuah model yang diharap dapat mengembalikan semula kegemilangan Proton.

X50 didatangkan dengan pelbagai ciri menarik. Antaranya ialah Kawalan Jelaja Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Parkir Automatik, Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki dan banyak lagi. 

Kami jangka X50 yang dibangunkan di atas platform BMA ditawarkan pada harga bermula RM80,000 hingga RM100,000 bergantung kepada varian. 

Google ads
Back to top button