Buletin

DI BAWAH SELIAAN GEELY, SUV LOTUS SEMAKIN HAMPIR JADI KENYATAAN

Tersebar semalam foto lakaran sebuah SUV di laman web china pcauto. Ia dikatakan imej SUV dari pembuat kenderaan British, Lotus yang kini dimiliki oleh firma automotif China, Geely Automotive.

Menurut laporan oleh reports, Peter Horbury, ketua rekabentuk, Lotus akan memulakan projek SUV pertama mereka, khusus untuk pasaran kenderaan mewah China di bawah seliaan Kumpulan Geely.

“Persoalannya, di mana posisi Lotus dalam pasaran sekarang. Di mana mereka harus bersaing? pasaran kenderaan mewah di China sangat besar. justeru, kami nampak peluang ini.

“SUV tidak pernah jadi agenda Porsche sehingga seseorang mencadangkan kepada lembaga pengarah bahawa ia adalah idea yang bagus. Sekarang, di mana Porsche?,” Horbury berkata.

Bagaimanapun, Lotus tidak hanya akan menghasilkan SUV mewah. Mereka akan tetap mengekalkan nilai-nilai Lotus yang mengutamakan pengendalian.

Bagi membangunkan SUV tersebut, Lotus dijangka akan menggunakan platform SPA dari Volvo yang kini menjadi pelantar model XC90 dan XC60. 

BACA: MOTOSIKAL LOTUS? SERIUS?

Lotus juga dikatakan mensasarkan enjin sekitar 400 kuasa kuda.

Berdasarkan foto lakaran tersebut, jelas sekali rekabentuknya sukar untuk dikaitkan dengan Lotus. Ia ada garis badan yang tajam. Dikatakan juga, ia bakal direka sekelas dengan saiz Porsche Macan.

 

 

 

Google ads
Back to top button