Buletin

VAN MEWAH MERCEDES-BENZ V-CLASS

Mercedes-Benz baru-baru ini memperkenalkan V-Class baharu yang dianggap sebagai kenderaan penumpang paling besar dan terbaru keluarannya.  

Mercedes-Benz-V-Class-mekanika (8)

V-Class dilihat telah menetapkan penanda aras baharu dalam segmennya menerusi reka bentuk, inovasi dan pengalaman yang mewah.

Model ini hadir dalam dua varian iaitu V-Class dan V-Class AVANTGARDE, bersama dua tapak roda. Pakej Exterior Sports dan Interior Design juga ada ditawarkan. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai, V-Class menawarkan banyak pilihan aksesori.

Mercedes-Benz-V-Class-mekanika (1)

“Dengan V-Class, kami mengembangkan rangkaian kenderaan premium Mercedes-Benz untuk lapan orang penumpang. Model ini sangat versatil, selain dilengkapi ciri keselamatan dan kecekapan paling tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna di Malaysia,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.

Aspek keselesaan dan keselamatan diserlahkan menerusi 11 sistem bantuan pemandu yang inovatif. Sistem-sistem tersebut berdasarkan kepada radar, kamera serta alat pengesan ultra bunyi yang sebelum ini digunakan ada model E-Class dan S-Class baharu, dikenali sebagai Mercedes-Benz Intelligent Drive.

V-Class dibekalkan dengan enjin turbodiesel bersesaran 2.1 liter dengan dua peringkat pengecasan turbo. Sudah digunakan dalam banyak model dari A-Class ke S-Class, enjin V220 ini berupaya menjana kuasa mencecah 163hp dan tork maksimum 380Nm. Penggunaan bahan apinya pula cuma 5.7 liter bagi setiap 100km. Memang jimat!

Enjin V 220 d itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 7G-TRONIC PLUS bersama tuil dan paddle shift DIRECT SELECT.

Mercedes-Benz-V-Class-mekanika (9)

Bahagian kabin V-Class menawarkan pengalaman serba baharu. Ia bukan sahaja begitu senyap, malah penggunaan materialnya cukup berkualiti. Pemandu dan penumpang juga pasti terpegun dengan dua bahagian papan pemukanya.

Hadir sebagai opsyen, generasi terkini COMAND Online menggabungkan semua fungsi audio, telefon dan navigasi. Selain tawaran tambahan untuk melayari internet, sistem kawalan suara LINGUATRONIC serta data trafik pada masa sebenar.

Tempat duduk V-Class menawarkan pelbagai konfigurasi untuk memenuhi apa jua kegunaan pemiliknya. Dalam setting standard, van ini dilengkapi empat kerusi individu yang mewah, lengkap bersama perehat tangan pada dua baris tempat duduk. Kerusi ini boleh dilipat untuk memudahkan urusan keluar masuk ke bahagian belakang.

Mercedes-Benz-V-Class-mekanika (7)

V 220 d sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Mercedes-Benz pada harga bermula RM434,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button