TURKI DAKWA 5 INDIVIDU BANTU GHOSN LARIKAN DIRI KE LUBNAN
Pasukan pendakwaraya Turki akan mendakwa tujuh individu, termasuk empat orang juruterbang kerana membantu bekas ketua Nissan, Carls Ghosn melarikan diri melalui Instanbul menuju ke Lubnan selepas berjaya lolos dari Jepun.
Dakwaan ‘menyeludup migran’ itu diterima oleh sebuah mahkamah Istanbul. Jenayah itu boleh membawa hukuman penjara selama lapan tahun.
Sementara dua orang atendan pesawat didakwa dengan tuduhan tidak melaporkan jenayah, Mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun. Polis Turki menahan semua suspek pada 2 Januari lalu.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Turki sebelum ini ada menyatakan bahawa polis sempadan Turki tidak dimaklumkan tentang kemasukan Ghosn. Urusan keluar masuknya juga tidak didaftarkan.
Hari berikutnya, pengendali pesawat peribadi Turki, MNG Jet memberitahu Ghosn telah menggunakan dua buah pesawat secara haram.
Seorang kakitangannya juga memalsukan rekod dengan tidak memasukkan nama Ghosn ke dalam dokumen. MNG Jet yang telah menfailkan aduan jenayah mengalu-alukan keputusan pihak pendakwaraya dan akan terus memberi kerjasama dengan kerjaan Turki dan Jepun.
Ghosn melarikan diri ke Lubnan kerana mendakwa sistem kehakiman Jepun tidak adil. – Reuters