
MBS2026: CFMOTO 750SR LANCAR BULAN INI – 110HP, 80NM
Awal tahun ini kami telah pun melaporkan bahawa CFMOTO Malaysia merancang untuk memperkenalkan model 750SR-S ke pasaran tempatan bulan Mei ini.

Ternyata, laporan tersebut adalah benar apabila CFMOTO Malaysia menerusi laman sosial telah pun berkongsi teaser pelancaran model berkenaan di Malaysia Bike Show (MBS) 2026.
Meskipun teaser tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang namun jelas model tersebut merujuk kepada CFMoto 750SR-S.

Untuk rekod, CFMoto telah pun mengumumkan CFMoto 750SR-S untuk pasaran global sekitar Julai tahun lalu namun model baharu itu hanya mula diedarkan ke pasaran dunia bermula tahun ini. Ini bermakna, Malaysia antara terawal yang menerima model baharu itu.
Atas kertas, 750SR-S dipacu dengan enjin empat silinder 749cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 110hp pada 10,250rpm dan 80Nm pada 9,000rpm.

Menurut CFMOTO, enjin empat silinder itu dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan quickshifter (upshift sahaja).
Perincian lain dinyatakan termasuk
- ketinggian tempat duduk 805mm
- jarak kelegaan tanah 140mm
- kapasiti tangki bahan api 17L
- berat 213kg *tangki penuh
- lampu LED
- skrin TFT 6.2″
- pengecas USB Type-C/Type-A
- TPMS
- ESS
- steering damper
MBS 2026 akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 29 Mei ini hingga 1 Jun dengan rerurai CFMOTO akan ditempatkan di HALL A MotoXperience oleh MForce Bike Holdings.
GALERI: CFMOTO 750SR-S 2026






















