
CFMOTO DAY 2026: BUNYI NADI V4 CFMOTO V4SR-RR BERGEMA DI CHINA
CFMOTO berjaya mencuri tumpuan pengunjung termasuk CEO Ducati, Claudio Domenicali ketika di EICMA 2025 tahun lalu apabila buat julung kalinya mempamerkan prototaip superbike pertama menerusi CFMoto V4SR-RR.
Ketika itu, prototaip tersebut hanya dipamerkan di ruangan khas dan tidak membenarkan orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, ketika di CFMOTO Day 2026 yang berlangsung di Chengdu, China baru-baru ini, CFMOTO membuat kejutan kepada pengunjung yang hadir (termasuk beberapa wakil pengedar dari Malaysia) dengan demonstrasi V4SR-RR. Video demonstrasi boleh dilihat DISINI.
Demonstrasi tersebut membenarkan orang ramai untuk julung kalinya mendengar deruman enjin V4 1000cc yang menggerakan V4SR-RR. Selain itu, prototaip tersebut jelas kelihatan menghampiri peringkat produksi sekaligus mengesahkan bahawa CFMOTO akan melancarkan model yang siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Atas kertas, V4SR-RR menawarkan 210hp dan merekodkan berat bawah 200kg. Menariknya, CFMOTO turut memaklumkan bahawa motosikal berkenaan mampu mencapai kelajuan lebih 300km/j.
Ciri menarik yang ada pada model ini termasuk active-aero dan suspensi elektronik.







