Motosikal

CFMOTO MULA UJI 675 NK DI CHINA – ENJIN 3-SILINDER, 95HP

Bagi yang mengikuti perkembangan CFMoto, baru-baru ini jenama motosikal dari China itu telah pun mendedahkan dua jentera baharu sewaktu CFMoto Day yang berlangsung di China. 

Motosikal tersebut merujuk kepada dua jentera sportsbike yang dinamakan 500SR VOOM dan 675SR. Bagaimanapun, hanya 500SR VOOM diperkenalkan secara rasmi sementara pelancaran rasmi 675SR dijadualkan berlangsung di EICMA, November ini. 

*CFMoto 675SR

Namun, belum sempat keriuhan 675SR reda, CFMoto dikesan telah memulakan ujian pada versi ‘naked’ yang dijangka membawa nama 675 NK. Ini kerana beberapa gambar motosikal berkenaan telah tular dan jelas menampakkan reka bentuk mirip 450 NK dan 800 NK. 

Tinjaun dekat juga jelas memaparkan kehadiran empat saluran ekzos sekaligus mengesahkan kehadiran enjin tiga silinder yang sama terdapat pada 675 SR. 

Perkembangan ini sudah pun dijangka apatah lagi CFMoto mengamalkan teknik perkongsian platform sama secara meluas pada model berbeza seperti 800 NK dan 800 MT serta 450 NK dan 450 SR. 

Buat masa ini maklumat terperinci masih lagi tidak didedahkan namun pastinya 675 NK ini menawarkan angka kuasa sama seperti 675 SR iaitu 95hp dan 70Nm. 

CFMoto dijangka mendedahkan prototaip 675 NK di pameran motosikal EICMA, November ini. 

Google ads
Back to top button