
CHERY LANCAR INSTITUT R&D KENDERAAN TENAGA BAHARU DAN KETERSAMBUNGAN PINTAR
Institut Penyelidikan Industri Kenderaan Tenaga Baharu dan Kenderaan Bersambung Pintar Anhui yang diterajui pembinaannya oleh Chery Group, telah dirasmikan baru-baru ini. Ia menandakan langkah strategik Chery dalam pembangunan teknologi dan inovasi.
Setelah usaha keras yang berterusan terhadap kenderaan bahan api tradisional, Chery sedang meningkatkan usahanya dalam bidang tenaga baharu, ketersambungan pintar serta platform transit dan ekologi berkongsi.
Berdasarkan Platform Pembangunan Teknologi dan Perkhidmatan Awam Tenaga Baharu dan Kenderaan Sambungan Pintar China (Anhui), institut penyelidikan tersebut bertujuan memacu pencapaian teknologi dalam bidang tenaga baharu dan ketersambungan pintar di dalam kereta.

Merangkumi institut penyelidikan automotif serta pusat inkubasi industri, ia akan terlibat dalam fungsi-fungsi seperti pembangunan trenkuasa dan platform, Makmal STELLAR Chery dan litar ujian kenderaan swapandu.
Chery Group turut akan menumpukan perniagaan masa hadapannya ke atas bidang-bidang seperti pembangunan platform elektrik pintar, platform berprestasi tinggi dan platform elektrik hibrid.
Selain penggunaan sistem kawalan bateri, motor dan elektrik ke arah integrasi teknologi bateri yang lebih menyeluruh, teknologi pemanduan elektrik, perisian domain trenkuasa serta teknologi pengecasan/penukaran bateri, teknologi OTA, data besar dan ekologi interaktif.

Setakat ini, Chery telah menubuhkan enam pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama di Amerika Utara, Eropah dan Shanghai. Lebih 14,000 daripada 23,000 paten yang dimohon oleh Chery telah diluluskan, termasuk hampir satu pertiga daripada paten inovasi.
Chery juga telah mengungguli Paten Ciptaan 100 Teratas China (Anhui) selama lapan tahun berturut-turut dan telah menjalankan lebih 170 program termasuk Program R&D Teknologi Utama Negara dan Program Penyelidikan Asas Negara.
- BACA: CHERY SAH LANCAR OMODA 5 DI MALAYSIA. ENJIN 1.6L TURBO, 197PS. BERAPA HARGA NI?
- BACA: ALKISAH CHERY TIGGO
- BACA: BAKAL TIBA DI MALAYSIA, CHERY LANCAR TIGGO 8 PRO DI AFRIKA SELATAN DAHULU. TAWAR JAMINAN SEHINGGA 1 JUTA KM!
- BACA: CHERY ARRIZO 8. NAK LAWAN CAMRY DAN ACCORD. 2 PILIHAN ENJIN, BERMULA RM93K DI CHINA







