
CHERY MALAYSIA TAWAR REBAT SEHINGGA RM15,000, WARANTI BATERI 10 TAHUN/200,000KM
Chery Malaysia kini mengumumkan rangkaian promosi akhir tahun yang begitu menarik, sekali gus membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyambut 2026 bersama sebuah kenderaan baharu yang lebih canggih dan selamat.
Tahun ini, pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga RM15,000 bagi pelbagai model Chery, menjadikan jenama tersebut lebih mudah dimiliki oleh keluarga yang mahukan teknologi moden dan ciri keselamatan terkini.
Rebat Menarik Untuk Pelbagai Model Popular

Promosi ini melibatkan beberapa model terlaris Chery, termasuk:
- TIGGO 8 PRO, SUV 7 tempat duduk berprestasi tinggi dengan rebat sehingga RM15,000.
- TIGGO CROSS (HEV) dan TIGGO CROSS Turbo, terkenal sebagai SUV bandar serba boleh, kini masing-masing hadir dengan rebat RM5,000.
- TIGGO 7 PRO, pilihan keluarga yang menawarkan keselesaan dan nilai hebat, ditawarkan dengan penjimatan RM10,000.
- Dua model elektrik hibrid terbaru; TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV turut menerima rebat RM5,000, menjadikannya antara PHEV paling kompetitif dalam kelasnya.
Uji Pandu & Menang Hadiah Bernilai Hingga RM200,000
Sebagai tambahan, pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model PHEV Chery bermula 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 akan layak menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah mencecah RM200,000. Hadiah utama? Sebuah TIGGO CROSS HEV.
Kempen ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pemilik baharu dan sedia ada, namun turut membolehkan orang ramai merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid.
Model PHEV Chery mampu mencapai jarak sehingga 1,200km dengan gabungan tangki penuh dan bateri penuh, sesuai untuk perjalanan jauh, pemanduan bandar, atau penjimatan bahan api harian.

Waranti Bateri Dipanjangkan Secara Percuma
Dalam usaha memberi lebih ketenangan kepada pemilik PHEV, Chery Malaysia turut menawarkan waranti bateri selama 10 tahun atau 200,000km secara percuma untuk semua pembelian PHEV sepanjang tempoh promosi ini.
Waranti bernilai RM3,000 ini meliputi bateri, motor kuasa serta unit kawalan kenderaan—sebagai jaminan jangka panjang kepada mereka yang beralih kepada pemanduan elektrik hibrid.
Lebih menarik, pelanggan yang membeli TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV sejak pelancarannya pada Oktober lalu juga layak menerima peningkatan waranti ini tanpa sebarang caj tambahan.
Senarai Harga & Rebat (Semenanjung Malaysia)
| Model | Rebat | Harga Runcit (WM) |
| TIGGO 7 PHEV | RM5,000 | RM129,800 |
| TIGGO 8 PHEV | RM5,000 | RM159,800 |
| TIGGO CROSS (HEV) | RM5,000 | RM99,800 |
| TIGGO CROSS (Turbo) | RM5,000 | RM88,800 |
| TIGGO 7 PRO | RM10,000 | RM123,800 |
| TIGGO 8 PRO | RM15,000 | RM159,800 |
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penuh kenderaan Chery, pelanggan boleh melayari laman rasmi www.chery.my.
- BACA: MERCEDES GLC200 4MATIC 2025 DILANCARKAN DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM329K
- BACA: MERCEDES GLE400 e-M4TIC BAHARU DENGAN TEKNOLOGI EQ HYBRID DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM498K
- BACA: HONDA HR-V FACELIFT – MACAM SAMA TAPI BANYAK BERUBAH
- BACA: KINETA RAIH ANUGERAH ‘BEST EV CHARGING SOLUTIONS OF THE YEAR’ DI COTY2025








