Motosikal

GUNA FACEAPP, AWEK CANTIK INI SEBENARNYA LELAKI BERUSIA 50 TAHUN!

Pendedahan seorang awek yang gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi rupa-rupanya lelaki berusia 50 tahun nyata mengejutkan peminatnya di Jepun.

Menurut laporan Daily Star, pelumba yang dikenali sebagai @azusagakuyuki itu mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Ini kerana penampilannya yang feminin ketika menunggang motosikal di jalan raya serta kerap berkongsi gambar selfie bersama jenteranya.

@azusagakuyuki mempunyai rupa paras yang cantik dengan rambut panjang dan solekan mata yang menggoda. Ini menyebabkan ramai yang mengikuti perkembangannya di laman sosial.

Inilah wajah sebenar @azusagakuyuki.

Namun, satu program tempatan telah berjaya membongkar rahsia sebenar wajah @azusagakuyuki. Seorang kru program terbabit mendedahkan gadis itu sebenarnya adalah seorang lelaki usia separuh abad dengan rambut ikal mayang berwarna keperangan.

Dia mengaku ‘memancing’ peminatnya dengan menggunakan aplikasi FaceApp dan PhotoShop untuk mengubah wajahnya lebih feminin seperti gadis, bukannya diri sebenar.

Dia mengaku sebelum ini tidak mempunyai ramai pengikut di Twitter apabila menggunakan gambar sendiri. Tetapi keadaan itu berubah selepas dia memuat naik gambar gadis cantik di Twitter.

Lelaki itu kini memperoleh lebih 17,000 pengikut di Twitter dan meraih ribuan tanda suka hingga tular di laman sosial. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button