
COVID-19: YAMAHA BERAKSI TANPA ENAM JURUTERA DI MOTOGP PERANCIS
Enam anggota pasukan Monster Energy Yamaha tidak akan menyertai Grand Prix (GP) Perancis minggu ini selepas salah seorang daripada mereka didapati positif Covid-19.
Yamaha dalam satu kenyataan berkata: “Yamaha Motor Co. Ltd. dan Yamaha Motor Racing Srl ingin mengumumkan enam jurutera Yamaha MotoGP termasuk ketua projek YZR-M1, Takahiro Sumi, tidak dapat menyertai GP Perancis minggu ini.”
Menurut Yamaha berikutan peraturan ketat dalam pengembaraan, beberapa pekerja akan menetap di Andorra antara pelumbaan.
Bagaimanapun, salah seorang daripada jurutera disahkan positif Covid-19 sebelum berlepas ke Perancis.
Pasukan pengeluar itu turut berkata, barisan jurutera lain didapati negatif dan satu lagi ujian akan dilakukan untuk memastikan mereka benar-benar bebas wabak Covid-19. – agensi
- BACA: YAMAHA PERKENAL MODEL NAKED MT-25, RM21,500 SEUNIT. PREBIU MT-15, MULA JUAL NOV 2020
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK
- BACA: ROSSI SAH SERTAI PETRONAS YAMAHA SRT. KONTRAK 2 TAHUN SEHINGGA 2022
- BACA: YAMAHA Y15ZR V3! 155VVA, KEYLESS!







