Buletin

DAIHATSU ALTIS – UNTUK JEPUN SAHAJA, JANGAN KELIRU DENGAN TOYOTA COROLLA ALTIS PULA 

Daihatsu memang dikenali sebagai pengeluar kereta kompak atau kei-car. Tetapi, tahukah anda bahawa ia juga ada menghasilkan kereta bersaiz besar? 

Buktinya ialah Daihatsu Altis. Ya, anda tidak salah baca. Abang Japar pun tadi ingat Toyota Corolla Altis. Sebagaimana yang anda boleh tengok, ia merupakan model rebadge Toyota Camry 2018.

Diperkenalkan sejak tahun tahun 2000, Altis daripada Daihatsu yang ada di pasaran Jepun sekarang hanyalah varian hibrid. Selain daripada lencana dan animasi berlainan, terdapat beberapa ciri yang membezakannya dengan Camry generasi kelapan 2018.

Sedan itu digerakkan oleh enjin D-4S yang hanya mampu menghasilkan kuasa 178PS dan tork 221Nm. Manakala rangkaian kuasa hibrid pula menjana 120PS dan 202Nm tork. Jadi secara keseluruhan, sistem tersebut menawarkan kuasa mencecah 211PS yang disalurkan ke roda belakang oleh kotak gear CVT.

Pelanggan di Jepun hanya ditawarkan dengan satu varian G pada harga bermula 3,499,200 yen (RM133,500). Sebagai perbandingan, harga bagi model asas Toyota Camry 2018 ialah sekitar 3,294,000 yen (RM125, 750) seunit.

Biarpun sedikit mahal, Daihatsu Altis hadir dengan ciri yang lengkap. Antaranya termasuklah lampu utama, lampu kabus dan lampu belakang LED, tempat duduk pemandu dengan lapan talaan, butang penghidup enjin, sistem pendingin hawa automatik bersama ionizer serta skrin TFT bersama 7 inci yang dipasah pada kluster instrumen. Altis juga dilengkapi sistem keselamatan Safety Sense P Toyota.

Dari segi keselamatan pula, ia hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemandu. Misalnya brek kecemasan berautonomi dengan alat pengesan pejalan kaki, Lane Departure Warning, kawalan stereng, Active Cruise Control dan banyak lagi. Sementara pemantauan titik buta ditawarkan sebagai ciri pilihan.

BACA: DAIHATSU MULA JUAL MIRA e:S DI JEPUN – HARGA BERMULA RM32,200 

Google ads
Back to top button