Modifikasi

MINIMALIS MITSUBISHI TRITON

Sebenarnya dah lama saya rakam gambar trak pikap ini. Cuma saya tidak tahu nak cerita macam mana kerana proses modifikasinya tak banyak. 

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (1)

Namun sejujurnya, sifat minimalis itulah yang membuatkan saya tertarik kepadanya. Mitsubishi Triton memang sebuah trak pikap yang cantik dan berjaya mengubah cita rasa pembuat pikap moden pada hari ini.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (9)

Sebagaimana yang anda sedia maklum, masa zaman Mitsubishi Storm, Isuzu Rodeo, Mazda Fighter dan Nissan Frontier dulu, trak pikap memang melenting-lenting suspensinya. Kalau duduk belakang memang boleh sakit pinggang.

Tetapi sejak kemunculan generasi baru Triton, Nissan Navara, Isuzu D-Max, Mazda BT-50, Toyota Hilux dan Ford Ranger, trak pikap memang semakin selesa, laju serta canggih. Ranger baru gear auto atau manual ada 6 kelajuan brader.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (13)

Proses ubah suai pada Triton ini memang sedikit. Tetapi kesannya sangat mendalam sehinggakan menjebakkan saya untuk membeli trak pikap sekali lagi. Cara paling mudah untuk menjadikan Triton tidak kelihatan seperti 4X4 adalah jangan guna kanggaroo bar pada bahagian hadapannya.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (7)

Lebih menarik lagi, pemilik Triton ini siap buka roll bar belakang yang krom itu. Cab belakang yang kosong digantikan dengan sekeping spoiler pada bumbung. Sudah tentu ia kelihatan sporty sekali.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (4)

Lebih membuatkan saya teruja ialah rim Black Racing 2 piece itu. Spesifikasi rim untuk 4X4 ni ada dua. Ada yang jenis offset 20-an dan offset 0. Offset 0 memang ganas sebab mangkuk rim terkeluar daripada rangka. Rim 16 inci 2 piece ini lagi mahal daripada rim yang sama dengan spec empat atau lima lubang. Tayar yang digunakan pula ialah 275/70 16 Bridgestone A/T.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (6)

Bagi saya, suspensi Triton adalah antara yang paling bagus dalam keluarga trak pikap, tetapi tidak cukup best bagi pemiliknya. Jadi dia tukar kepada penyerap hentak  Armada Extreme, lengkap dengan anti roll bar.

minimalis-mitsubishi-triton-mekanika (11)

Untuk manjadikan Triton ini lebih sporty, tempat duduk hadapan diganti dengan kerusi Bride karbon jenis bucket. Steady!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button