Artikel Pilihan

RZ4E BLUE POWER DDI, ENJIN TURBODISEL 1.9 JE. TAPI POWER MACAM 2.5

Jarang sangat kami menulis berkenaan Isuzu, namun pada hari ini penulis ada sedikit masa untuk mengulas dengan lebih lanjut berkenaan enjin turbodisel RZ4E yang digunakan pada Isuzu D-Max, bukan pada motosikal RXZ RM 70 ribu. Bagi mengelakkan anda bosan membaca fakta yang panjang berjela-jela, penulis ringkaskan kepada beberapa poin ringkas.

1. Saiz enjin RZ4E Blue Power ini hanyalah sekitar 1900cc sahaja. Diameter silinder 80mm sahaja, manakala saiz lejang bagi enjin ini ialah 94.4mm. Secara tepat saiz enjin RZ4E ini ialah 1898cc dengan kos cukai jalan setahun hanyalah RM 399.20. Enjin lama 2500cc pula dikenakan cukai sekitar RM 880 setahun.

Anda boleh rujuk pengiraan cukai jalan di SINI. Menurut Isuzu, bagi mencapai penjimatan bahan api terbaik, saiz 1900cc dipilih disebabkan ia memberi engine pumping loss dan friction loss yang paling rendah. Jika enjin dibuat lebih kecil, maka 2 faktor tadi akan meningkat semula

2. Disebabkan saiz enjin berkurang, berat keseluruhan enjin hanyalah sekitar 56kg sahaja. Tapi kuasa bertambah menjadi 148 kuasa kuda pada 3600 RPM dan 350Nm pada 1800 RPM. Fokus Isuzu ketika menghasilkan enjin ini ialah menjadikannya efisyen dengan mengurangkan geseran dan kuasa enjin yang optimum.

3. Bagi menjadikan enjin ini tahan lasak dan boleh digunakan bertahun-tahun tanpa masalah, jurutera menjadikan blok enjin ini lebih kuat berbanding dengan enjin 4JK1 yang digantikannya. Blok enjin ini 13% lebih tegar berbanding dengan enjin lama dan ia dihasilkan dengan proses rawatan haba pada blok melalui proses induction bore hardening.

4. Piston pula disalut dengan grafit bagi melicinkan pergerakan piston di dalam silinder. Kekerasan salutan grafit ini dibuat agar menyerupai berlian. Untuk menahan kuasa yang lebih tinggi, rod penyambung dihasilkan dengan kaedah cracking agar ia menjadi lebih kuat.

5. Rocker arm iaitu bahagian yang menyambungkan aci sesondol dengan injap dialas dengan bebola besi bagi mengurangkan lagi geseran di bahagian valvetrain. Enjin ini menggunakan sistem DOHC 16 injap.

6. Aci sesondol ini disambungkan dengan aci engkol melalui timing chain dimana regangan timing chain ini akan sentiasa pada tahap optimum melalui penggunaan Automatic Chain Adjuster.

7. Enjin RZ4E ini juga dilengkapi dengan mekanisema hydraulic valve lifter bagi memastikan kelegaan antara injap dan rocker kekal pada spesifikasi yang ditetapkan tanpa melibatkan sebarang proses penyelenggaraan.

9. Bagi menaikkan lagi tahap kecekapan enjin, ruang kebuk pembakaran yang terbentuk antara permukaan piston dengan Top Dead Center silinder direka dengan bentuk lingkaran. Rekaan ini memastikan campuran udara dengan disel berlaku dengan efisyen serta menjimatkan bahan api

10. Bagi menghasilkan semburan yang lebih halus, sistem suntikan disel common rail menggunakan tekanan setinggi 200MPa. Sangat tinggi dalam kategori enjin disel

11. Gas ekzos yang terhasil akan dikitar semula melalui sistem EGR bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan enjin ketika dalam keadaan low load atau RPM yang rendah.

12. Enjin ini juga akan dibantu dengan sistem turbo geometry boleh ubah (VGS) yang disejukkan dengan air bagi meningkatkan lagi ketahanan komponen. Udara yang dipaksa masuk melalui sistem turbo akan disejukkan dengan sistem intercooler yang lebih besar

13. Menemani enjin ini ialah sistem transmisi 6 kelajuan manual dan juga 6 kelajuan automatik yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih cekap serta gear ratio yang lebih luas.

14. Secara keseluruhan, enjin ini menawarkan kuasa 10% lebih kuat walaupun saiz enjin semakin kecil, geseran dalam berjaya dikurangkan sehingga 37% dan penggunaan bahan api sekitar 12.5km per liter. Pencemaran gas dioksida berjaya dikurangkan sehingga 161g/km

Google ads
Back to top button