Motosikal

ANDREA DOVIZIOSO CEDERA TULANG SELANGKA, JATUH LUMBA MOTOCROSS (DAH JALANI PEMBEDAHAN)

Pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso mengalami kecederaan pada perlumbaan motocross di litar Monte Coralli, Faenza, Itali.

Beliau mengalami kecederaan tulang selangka sebelah kiri dan telah menjalani pembedahan di Policlinico di Modena pada petang 28 Jun.

Selepas konsultasi bersama Professor Giuseppe Porcellini beliau mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan segera bagi memasang plat pada tempat yang cedera dan mempercepatkan proses pemulihan.

Bagaimana dengan perlumbaan akan datang di Jerez yang hanya tinggal beberapa minggu lagi?

Andrea Dovizioso yakin beliau akan dapat menyertai perlumbaan dalam keadaan sebaik mungkin.

Pembedahan yang dilakukan berjalan dengan baik dan beliau telah pun dibenarkan keluar pada pagi 29 Jun dan dapat memulakan pemulihan fisioterapi pada tengah hari yang sama.

Berikut ialah petikan yang kami ekstrak dari beliau sendiri, Professor Giuseppe Porcellini dan Paolo Ciabatti untuk memberi gambaran apa yang berlaku.

Andrea Dovizioso

  • Pembedahan berjalan dengan baik dan berterima kasih pada pasukan perubatan.
  • Tidak rasa sakit sangat.
  • Pulang ke rumah pada waktu pagi dan pada tengah hari merancang untuk melakukan rehabilitasi.
  • Yakin dapat sembuh dan berlumba pada pusingan akan datang.

Prof. Giuseppe Porcellini (Policlinico di Modena)

  • Menjalani rawatan bagi membetulkan “displaced fracture of the sternal margin of the clavicle”.
  • Memasang plat dengan enam skru.
  • Turut terlibat ialah Prof. Fabio Catani, Prof. Luigi Tarallo dan Doktor Andrea Giorgini.
  • Bilik pembedahan siap disediakan dalam tempoh tiga jam.

Paolo Ciabatti (Pengarah Sukan Ducati Corse)

  • Pasukan sedar risiko yang terlibat dalam motocross.
  • Membenarkan Andrea Dovizioso terlibat dalam perlumbaan selepas beliau menjelaskan keperluan untuk mendapatkan semula rangsangan dan sensasi yang hanya boleh didapati dari perlumbaan sebenar.
  • Selain itu, motocross adalah aktiviti yang disertai ramai pelumba MotoGP sebagai latihan yang kerap dijalani.
  • Lega Andrea Dovizioso tidak mengalami kecederaan serius.

BACA: INI DUCATI SUPERLEGGERA V4 NO.1/500, DISERAHKAN KEPADA PEMILIK BERTUAH

BACA: LAZARETH LM 410 – MOTOSIKAL 4 RODA, GUNA ENJIN YAMAHA R1, RM452,500 SEUNIT

BACA: MOTOSIKAL TURBO 180 HP! AMB 001 DARIPADA ASTON MARTIN DAN BROUGH SUPERIOR

Google ads
Back to top button