Buletin

DETIK BERSEJARAH, HONDA RAIKAN PRODUKSI KERETA KE 600,000 DI MELAKA

Honda Malaysia hari ini meraikan pencapaian bersejarah apabila kilangnya di Pegoh, Melaka mencatat pengeluaran yang ke-600,000 unit. Dalam majlis yang sama, Honda Malaysia turut mengumumkan pencapaian jualan 100,000 unit untuk tahun kewangan semasa (1 April 2016 – 31 Mac 2017), biarpun di sebalik situasi pasaran yang cukup mencabar tahun lalu.

Pengeluaran ke-600,000 unit dicapai dalam tempoh 14 tahun sejak Honda Malaysia memulakan operasi pemasangan tempata n di kilangnya di Pegoh, Melaka. Buat masa sekarang, Honda Malaysia mempunyai dua saluran pengeluaran di kilang ini.

Saluran pengeluaran No.1 memulakan operasi pada tahun 2003, manakala saluran pengeluaran No.2 pula memulakan operasi p ada tahun 2014. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkata, “Penambahan saluran pengel uaran No.2 pada tahun 2014 membolehkan Honda Malaysia berkembang pesat. Kami mencapai pengeluaran 300,000 unit dalam m asa hanya tiga tahun berbanding 11 tahun untuk mencatat pengeluaran 300,000 unit yang pertama sebelum ini.

Saya percaya pencapaian ini diperoleh menerusi strategi yang bagus dan semangat menyahut cabaran yang kuat dalam kalangan ahli ke luarga Honda. Dengan kemudahan sedia ada di Kilang Melaka ini, Honda Malaysia memiliki keupayaan tambahan untuk memenu hi tempahan pelanggan serta menghasilkan produk terbaik untuk rakyat Malaysia.”

Hari ini, saluran pengeluaran No.1 dan No.2 menghasilkan tujuh model demi memenuhi keperluan pelanggan yang lebih luas berbanding ketika ia bermula dengan hanya empat model iaitu CR-V, City, Civic dan Accord. Pada masa sekarang, model Accord, City, Civic, CR-V, Jazz, HR-V dan BR-V dipasang di kilang Pegoh.

Dilengkapi teknologi canggih, kilang Pegoh dibina dengan kapasiti pengeluaran fleksibel yang mampu menghasilkan pelbagai model pada satu-satu masa bagi memenuhi permintaan pasaran. Saluran pengeluaran yang dibina khas dan perancangan  strategik membolehkan Honda Malaysia memendekkan tempoh menunggu bagi pelanggan terutama apabila sesetengah model men erima tempahan secara mendadak.

Sebagai contoh, tempoh menunggu untuk model BR-V kini cuma satu hingga dua bulan sahaja, walaupun ia menerima tempahan hampir 10,000 unit, iaitu 12 kali sasaran jualan bulanannya. Malah secara purata, tempoh menunggu untuk semua model Honda kini adalah sekitar satu hingga dua bulan sahaja.

Antara teknologi terkini yang digunakan di kilang Pegoh termasuklah Mesin Kimpalan Pintar (Smart Welding Machine) automatik untuk menghasilkan kerangka badan bertegaran tinggi dengan menggunakan material berkualiti tinggi. Selain itu , kemudahan mengecat dengan standard antarabangsa yang merangkumi Robot-robot Penyembur (Spray Robots) dan Lapisan Bah agian Bawah Kenderaan (Under Body Coating) yang meningkatkan kualiti cat badan dan memastikan ketebalan lapisan cat yang tepat.

Trek Ujian sejauh 2.1km pula membolehkan setiap kenderaan yang dikeluarkan menjalani ujian yang teliti bagi memastikan ia memenuhi kualiti dan standard jalan raya Malaysia.

Honda Malaysia turut berusaha untuk memastikan hanya kenderaan bertaraf standard global tertinggi sahaja boleh membawa logo Honda. Pencapaian dan kerja keras 100 peratus t enaga kerja tempatan itu sememangnya menjadi kebanggaan Honda Malaysia.

Honda Malaysia mengakui bahawa penerimaan positif pasaran terhadap produk dan pertumbuhan pantasnya adalah hasil sokongan serta kerjasama yang diterima daripada pelbagai pihak, terutamanya kerajaan, rakan-rakan media, Honda Assembly,  para pengedar Honda, pembekal, rakan niaga serta sekutu Honda.

Ketika menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak berkaitan, En. Hayashi berkata, “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas sokongan padu yang d iberikan. Honda Malaysia akan terus menawarkan produk berkualiti serta khidmat selepas jualan yang cemerlang dan melan gkaui jangkaan semua pelanggan di Malaysia.”

Turut hadir untuk menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Naib Presiden Eksekutif, Pegawai Eksekutif dan Pengarah W akil Honda Motor Co., Ltd., En. Seiji Kuraishi serta Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Serantau (Asia & Oceania) Hond a Motor Co., Ltd. merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., En. Noriaki Abe. En. Kur aishi dan En. Abe juga berharap untuk melihat lebih banyak lagi pencapaian oleh Honda Malaysia.

En. Kuraishi yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang kedua pada tahun 2002 hingga 2005 nyata gembira melihat sumbangan Honda Malaysia. Beliau memberitahu bahawa kebangkitan Honda Malaysia adalah  kerana kesungguhan serta pemahaman falsafah, misi dan cara pemikiran Honda oleh kakitangan tempatan.

En. Kuraishi tur ut bangga dengan beberapa kakitangan muda yang dilantiknya lebih  dari  sepuluh  tahun  lalu,  kini memainkan peranan penting dalam pengurusan  Honda Malaysia. Beliau memuji Honda Malaysia kerana berjaya meraih kedudukan No.1 dala m segmen Bukan Nasional dan No.2 untuk TIV keseluruhan  dan  amat berterima kasih kepada pengedar-pengedar Honda dan kakitangan jualan.

Beliau mengesahkan bahawa Honda Malaysia telah mengungguli senarai negara yang mencatat perkongsian pasaran paling tinggi dalam kalangan operasi automobil Honda di seluruh dunia untuk dua bulan pertama tahun 2017. 

Pada masa yang sama, En. Abe yang memantau pertumbuhan pesat Honda Malaysia sejak beberapa tahun lalu memuji semua ahli dari dalam dan luar “Team Honda” di atas semua pencapaian ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

En. Abe mengucapkan tahniah kepada Honda Malaysia atas kejayaan BR-V Serba Baharu yang mengambil kedudukan No. 1 dalam segmen MPV dan utiliti pada Februari 2017, sekali gus merangkul jualan MPV Nasional.

Kata En. Abe, “Saya gembira melihat kenderaan Honda diterima baik oleh rakyat Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada strategi Hond a di Asia untuk membawakan Keseronokan Membeli (Joy of Buying) kepada pengguna di rantau ini.”

Pada awal tahun ini, Honda Malaysia memperkenalkan BR-V Serba Baharu, satu model yang dibangunkan khas di Asia eksklusif untuk negara-negara Asia. Sejak diperkenalkan pada Januari yang lalu, Honda Malaysia telah menerima hampir 10,00 0 unit tempahan dan lebih 5,200 pendaftaran.

Pelancaran City Baharu pada 2 Mac juga menerima maklum balas positif dari pada pelanggan dengan hampir 3,000 unit ditempah dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan, iaitu 50% lebih banyak berb anding sasaran bulanan sebanyak 2,000 unit.

Kenderaan ke-600,000 unit yang dikeluarkan di saluran pengeluaran No.2 di kilang Pegoh ialah sebuah City Baharu, satu model penting dan signifikan buat Honda Malaysia. City ialah model penyumbang jualan terbesar berikutan penerimaan luar biasa dan sambutan baik oleh rakyat Malaysia, sekali gus menjadikannya peneraju segmen B untuk dua tahun berturut -turut.

BACA: HONDA CIVIC HATCHBACK VERSI MODULO

BACA: HONDA THAILAND LANCAR CR-V 1.6 DISEL TURBO

Google ads
Back to top button