Motosikal

DUCATI-DOVIZIOSO JUARA MOTOGP SEPANG 2016, ROSSI KEDUA, LORENZO KETIGA.

Kalau anda perasan MotoGP 2016 ini adalah yang paling seronok ditonton kerana banyak kejutan berlaku sepanjang musim. Pasukan Suzuki Ecstar naik podium Britain, krisis Lorenzo-Rossi dan kebangkitan Ducati.

Tak dinafikan motor Ducati sangat laju di laluan lurus. Ini boleh diperhatikan dalam beberapa pusingan pantas yang dibuat. Semalam pun, Dovizioso ini telah merebut petak depan dalam ujian mata.

Hari ini Andrea Dovizioso membuktikan keupayaan jenteranya dengan kedudukan podium pertama Sepang. Kali terakhir beliau ke podium ialah 2009 di Britain. Di tempat kedua ialah Rossi dan Lorenza di tempat ketiga.

Litar basah hujan lebat petang tadi menyebabkan perlumbaan ditunda 20 minit sementara dalam perlumbaan Moto2, Moto3 banyak yang tergolek. Nasib baik juga pelumba kita dalam Moto2 and Moto3 menghabikan perlumbaan dengan mata penting

Hafizh Shahrin (Moto2) dari Team Petronas Raceline Malaysia menghabiskan tempat ke 5 dan Ramdan Rosli dari Petronas AHM Malaysia di tempat ke12.

Dalam Moto3, Khairul Idham Pawi dari Team Honda Team Asia di tempat ke 8 dan Hafiq Azmi dari Peugeot MC Saxoprint di tempat ke  11.

Malang buat Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team terjatuh dalam pusingan pertama.

KEPUTUSAN

1 Andrea DOVIZIOSO Ducati Team                           42’27.333
2 Valentino ROSSI Movistar Yamaha MotoGP      +3.115
3 Jorge LORENZO Movistar Yamaha MotoGP       +11.924
4 Hector BARBERA Avintia Racing                              +19.916
5 Loris BAZ Avintia Racing                                             +21.353
6 Maverick VIÑALES Team SUZUKI ECSTAR           +22.932
7 Alvaro BAUTISTA Aprilia Racing Team Gresini   +25.829
8 Jack MILLER Estrella Galicia 0,0 Marc VDS           +32.746
9 Pol ESPARGARO Monster Yamaha Tech 3          +33.704
10 Danilo PETRUCCI OCTO Pramac Yakhnich         +34.280

Google ads
Back to top button