Motosikal

DUCATI MULTISTRADA 1260 S – JENTERA VERSATIL UNTUK ANDA, RM129,900 SEUNIT

Mula diperkenalkan pada tahun 2010, Ducati Multistrada dilihat memulakan satu revolusi dalam dunia motosikal.

Ia menawarkan empat motosikal dalam satu iaitu sebuah sportbike, tourer jarak jauh, jentera untuk kegunaan harian dan enduro.

Dengan pelbagai ciri dan mode tunggangan, Ducati Multistrada 1260 S membawakan aspek prestasi, kegunaanm kawalan, keselesaan dan keseronokan ke satu tahap lebih tinggi.

Memaksimumkan konsep versatiliti, Ducati Multistrada 1260 S direka untuk menjelajah kawsan pedalaman dan urban di Malaysia. Dilengkapi dengan enjin, chasis dan elektronik termaju, penunggang akan dapat merasai penambahbaikan yang ketara di atas apa jua bentuk jalan raya.

Jentera ini menggunakan khidmat enjin Ducati Testastretta DVT bersesaran 1,262cc yang mematuhi piawaian Euro 4. Menawarkan julat tork pada rpm rendah dan sederhana, ia lebih mudah dan seronok dikendalikan.

Ducati Multistrada 1260 S juga dipasang dengan sistem Ride-by-Wire baharu untuk memastikan kawalan pendikit yang lancar. Sementara ciri Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down pula meningkatkan lagi pengalaman menunggang. 

Ducati Multistrada 1260 S direka secara ergonomik untuk memastikan keselesaan ketika menunggang dalam jarak yang jauh. Jentera yang versatil itu dilengkapi platform Bosch IMU (Inertial Measurement Unit) unik.

Bosch IMU berfungsi mengawal pelbagai sistem seperti Cornering ABS, Ducati Cornering Lights, Ducati Wheelie Control (DWC), suspensi Ducati Skyhook (DSS) semi aktif dan Vehicle Hold Control.

Panel instrumen dengan panel TFT bersaiz  lima inci beresolusi tinggi itu memudahkan penunggang untuk membaca segala maklumat tunggangan. 

Ducati Multistrada 1260 S yang hadir dalam tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan kelabu ditawarkan pada harga RM129,900 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button