Motosikal

ENGGAN KALAH, WMOTO BAKAL LANCAR SKUTER 150CC DENGAN HARGA 125CC MINGGU INI 

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal WMOTO di Malaysia bakal melancarkan sebuah skuter baharu minggu ini.

Berdasarkan maklumat diperolehi, skuter tersebut akan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding model 125cc yang ditawarkan di Malaysia. 

Lebih menarik, skuter berkenaan akan dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 15L sekaligus menawarkan jarak pergerakan yang tinggi bagi setiap tangki penuh. Memandangkan skuter tersebut bersesaran 150cc ini bermakna model baharu itu akan turut dilengkapi dengan ABS.

*WMOTO Island 150

Ini bermakna, MForce bakal memperkenalkan skuter 150cc dengan harga mampu milik dalam tempoh kurang sebulan selepas melancarkan WMoto Island 150 bulan lalu dengan harga jualan bawah RM7 ribu. 

Maklumat lebih terperinci mengenai skuter baharu itu akan diketahui hujung minggu ini. 

Google ads
Back to top button