Motosikal

RASMI: AVETA BELLAGIO 125, VIPER 180 LANCAR DI MALAYSIA – DARI RM6,998

AVETA memperkenalkan dua skuter baharu untuk pasaran Malaysia yang akan mengisi segmen 125cc dan 180cc menerusi Bellagio 125 dan Viper 180.

Bellagio 125 (RM6,998)

Bellagio 125 merupakan skuter gaya retro yang dikuasakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 8.7hp dan 9.5Nm. 

Meskipun skuter kompak namun motosikal ini dilengkapi dengan tangki bahan api 6L sekaligus lebih besar berbanding pesaing lain dalam segmen yang sama. 

Antara perincian lain disenaraikan termasuk meter digital LCD, cakera brek depan dan dram brek di belakang, slot pengecas USB C dan A dan ruang simpanan barang di bawah tempat duduk 

Menariknya, skuter ini turut didatangkan dengan penghadang angin secara standard. 

Viper 180 (RM8,998)

Turut membuat debut di Malaysia adalah skuter urban, Viper 180 yang diyakini mampu menarik perhatian ramai. 

Atas kertas, Viper 180 menawarkan 18hp pada 6,500rpm dan 17.2Nm pada 8,500rpm yang terhasil dari unit satu silinder 174cc SOHC. Motosikal ini turut dipadankan bersama tangki bahan api berkapasiti 10L. 

Antara ciri menonjol pada Viper 180 selain dari kehadiran sistem keselamatan seperti ABS dual-channel dan traction control adalah skrin TFT 7-inci dengan fungsi ‘touchsreen’. Skuter ini turut dilengkapi dengan kamera ‘dashcam’. 

Google ads
Back to top button