
ENJIN 8AR-FTS TURBO LEXUS, KENAPA LEXUS LAMBAT KELUARKAN ENJIN TURBO
Ketika pengeluar syarikat berlumba-lumba menghasilkan enjin turbo sebagai salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran, Lexus kekal dengan pendirian mereka untuk terus komited menggunakan enjin NA. Malah sehingga hari ini syarikat induk mereka iaitu Toyota kekal dengan enjin NA menerusi teknologi Dynamic Force.
Tapi dalam diam diam, divisi Lexus telah pun mengkaji penggunaan enjin turbo semenjak tahun 2005 lagi. Menurut Izumi Watanabe, Project General Manage Engine Design and Engineering Division sistem turbo dan hibrid berkongsi matlamat yang sama iaitu meningkatkan kuasa enjin cuma dengan cara yang berbeza. Hibrid menggunakan motor elektrik untuk kuasa tambahan manakala turbo memaksa udara masuk dengan lebih banyak untuk menghasilkan kuasa.
Izumi Watanabe turut menegaskan bahawa matlamat utama penghasilan enjin turbo oleh Lexus ialah kuasa yang bagus serta penggunaan bahan bakar yang cemerlang. Namun berbeza dengan sistem turbo lama yang menghantar tork enjin secara sekaligus, rekaan enjin turbo yang baru memastikan respon enjin yang bagus pada semua RPM dan penghantaran kuasa dibuat secara sekata. Ia seperti memandu kereta dengan enjin NA

Enjin yang diberi kod 8AR-FTS ini pada mulanya digunakan pada crossover Lexus NX200T merupakan enjin pertama yang dibangunkan oleh Lexus secara in-house yang dipadankan dengan turbo. Malah unit turbo yang digunakan pada enjin ini juga dihasilkan sendiri oleh Lexus di kilang mereka. Pendekatan ini berbeza dengan pengeluar lain yang mengambil unit turbo dari pengeluar lain untuk kegunaan mereka
Jadi kita boleh faham mengapa Lexus lambat dalam menggunakan enjin turbo. Selagi mereka tidak berupaya untuk menghasilkan sendiri unit turbo mereka, selagi itulah mereka tidak akan memasang turbo pada enjin. Ini memastikan semua jurutera Lexus betul-betul memahami aspek teknikal satu produk sebelum ia dipasarkan. Jika wujud masalah di kemudian hari, mereka dapat mengatasi masalah tersebut dengan pantas
Enjin 8AR-FTS merupakan enjin 4 silinder sebaris pertama di dunia yang menggabungkan kepala silinder sejukan air dengan manifold ekzos 4-2 terus kepada sistem turbo skrol berkembar ketika ia dilancarkan pada tahun 2015. Enjin ini memenuhi spesifikasi pencemaran Euro 6 dan pada masa yang sama menghasilkan 235 kuasa kuda pada 4800RPM dan 350Nm tork
Ia membolehkan Lexus NX 200t pecutan 0-100km/j dalam masa 7.1 saat dengan halaju maksima 200km/j (dihadkan secara elektronik). Penggunaan bahan api purata ialah sekitar 15.2 kilimeter per liter petrol. Semasa beroperasi enjin ini hanya membebaskan 183g/km gas karbon dioksida.

Turbo Skrol Berkembar, Intercooler dan Wastegate
Rekaan mafold ekzos dibuat berdasarkan kitaran enjin iaitu lejang kuasa dan lejang mampatan dan disambungkan terus dengan turbo skrol berkembar. Rekaan ini akan menghalang gas ekzos dari semu silinder dari bertembung bagi memastikan gas ekzos menjana tenaga kinetik secara maksimum dalam turbo
Bagi tujuan penyejukan, sistem intercooler dipasang terus pada enjin bagi mengurangkan turbolag dan memastikan enjin beroperasi secara responsif. sistem wastegate pula direka dengan injap boleh ubah bagi mengurangkan backpressure pada RM rendah ketika sistem turbo tidak diperlukan. Kelebihan ini memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik dan kawalan pencemaran yang lebih bagus.

Sistem Suntikan Petrol D-4ST
Sistem suntikan asal D4S dinaiktaraf menjadi dengan D-4ST khusus untuk kegunaan turbo bagi memastikan enjin ini dapat beroperasi menggunakan high tumble (udara memasuki silinder dalam keadaan berpusar dan memastikan udara bercampur dengan petrol secara maksima) dengan rekaan piston dan sistem kawalan boost turbo
Seperti yang kita tahu, siste D-4ST ini menggabungkan sistem penghantaran petrol tekanan tinggi untuk aplikasi suntikan bahan api terus dan sistem tekanan rendah bagi aplikasi suntikan bahan api tekanan rendah Port Fuel Injection. ECU akan memilih salah satu sistem untuk digunakan ketika beroperasi berdasarkan keperluan kuasa enjin, mengoptimakan penggunaan bahan api secara minima bagi menghasilkan tork enjin yang bagus ketika RPM rendah dan juga tinggi.

Enjin 8AR-FTS ini juga tampil dengan sistem pemasaan injap VVT-iW yang unik. Injap kemasukan dipadankan dengan sistem VVT-iW yang membolehkan enjin menukar kitaran enjin daripada Kitaran Otto kepada Kitaran Atkinson berdasarkan keperluan kuasa. Jika nak kuasa lebih, enjin akan menggunakan Otto, kalau nak jimat enjin akan guna Atkinson. Injap ekzos pula menggunakan sistem VVT-i.
Injap kemasukan akan ditutup lambat semasa kitaran Atkinson digunakan akan mengurangkan pumping lost dan meningkatkan kecekapan penggunaan petrol. Kelebihan lain ialah prestasi enjin menjadi lebih baik ketika dalam keadaan sejuk dan penjimatan bahan api walaupun beroperasi pada RPM tinggi

Ringan dan Rintangan Rendah
Enjin ini juga dibuat dengan ringan walaupun dipadankan dengan turbo dengan berat hanya 160kg sahaja. Ia dihasilkan dengan kaedah besi tuang namun kandungan logam nikel yang kurang bagi memudahkan haba disingkir keluar. Penutup kepalada silinder, intake manifold dan rongga kemasukan udara dihasilkan dengan mengunakan resin. Beberapa perkara kecil juga diberi perhatian oleh jurutera Lexus bagi mengurangkan geseran dalaman.
Ini termasuklah menggunakan aci engkol yang dipasang secara offset untuk mengurangkan thrust load, melicinkan permukaan silinder dan melicinkan permukaan piston untuk mengurangkan geseran. Piston ring pula digantikan dari jenis low tension resistance dan berat bahagian yang bergerak dikurangkan.
Sistem pemasaan injap menggunakan bahan yang lebih ringan dan timing chain rintangan rendah juga telah dipilih. Ketika enjin sejuk, satu injap akan menghalang cecair penyejuk memasuki blok enjin untuk mempercepatkan proses pemanasan. Ketika RPM tinggi, pam minyak pelincir akan menghantar lebih banyak minyak pelincir bagi tujuan penyejukan dan mengurangkan geseran

Lancar Macam Enjin NA & Senyap
Bagi mengurangkan geseran, blok enjin dihasilkan dengan ketegaran yang tinggi. Shaft pengimbang yang dihasilkan daripada resin turut ditambah bagi memastikan pergerakan piston dan aci engkol menjadi harmoni tanpa gegaran.
Bagi mengatasi masalah ketukan pada RPM rendah (low speed pre-ignition), Lexus menggunkan minyak pelincir bebas Kalsium. Piston pula akan disejukkan dengan menggunakan minyak enjin yang disembur terus pada bawah permukaan piston.
Salah satu kelemahan enjin turbo ialah ia akan menghasilkan bunyi bising sebaik sahaja throttle ditutup. Kesan ini dinamakan sebagai “turbo sigh” pada kalangan jurutera Lexus. Untuk mengatasi masalah bunyi ini, Lexus menggunakan injap bypass berkuasa elektrik
Enjin ini dipasang pada Lexus RX 300 F Sport yang kami pandu uji baru-baru ini. Berdasarkan pandu uji, enjin ini cukup berkuasa, lancar dan menggunakan petrol seperti sebuah kereta kompak.