
EV HONDA GUNA NACS TESLA – SEDIA 30,000 TITIK PENGECASAN
Honda ialah pembuat kereta terbaharu mengumumkan bahawa ia akan mengguna pakai North American Charging Standard (NACS) Tesla.
Perjanjian baharu dengan Tesla menyaksikan EV Honda di Amerika Utara dapat mengecas bateri mereka di rangkaian Supercharger Tesla bermula tahun 2025.
Menurut laporan, semua model EV Honda di masa hadapan dijangka mengekalkan piawaian NACS selain, kerjasama berkenaan mengharapkan dapat menyediakan 30,000 titik pengecasan di seluruh Amerika Utara.

Selain Honda, pengeluar yang boleh mengecas bateri kenderaan menerusi Supercharger Tesla ialah Ford, General Motors, Nissan serta Mercedes-Benz.
Dengan lebih banyak titik pengecasan muncul pada tahun-tahun mendatang, pemilikan kenderaan elektrik bakal menjadi lebih mudah diakses, terutamanya apabila teknologi bateri bertambah baik.
Walau bagaimanapun, dengan ancaman kekurangan litium, penggunaan besar-besaran kenderaan elektrik mungkin ditangguhkan untuk seketika waktu.
- BACA: AUDI CHARGING HUB NUREMBERG. FASILITI PENGECASAN EV URBAN PREMIUM UNTUK SEMUA. BOLEH KE NAK BUAT KONSEP SAMA DI MALAYSIA?
- BACA: JUALAN EV KIAN MENINGKAT, SINGAPURA FOKUS BINA 60,000 PUSAT PENGECASAN
- BACA: SASARAN 50% EV CKD MENJELANG 2030 DIJANGKA TERSASAR. THAILAND KEKURANGAN SUMBER DAN STESEN PENGECASAN
- BACA: NISSAN HASILKAN POWERBANK BESAR DARI BATERI LAMA NISSAN LEAF EV