
FORD RANGER GETAWAY DEDAH POTENSI SEBENAR JENTERA RANGER DAN RANGER RAPTOR
Ford Ranger Getaway bakal memberi peluang kepada pemilik Ford Ranger dan Ranger Raptor menterjemah potensi sebenar trak lasak mereka.
Percutian selama satu hari pada 26 Mac ini, akan mendedahkan para pemilik kepada sesi bimbingan bersama jurulatih pemanduan meliputi laluan jalanraya dan off-road di sekitar Sepang untuk pemilik Ranger dan Raptor.
Para pelanggan yang ingin menyertai program berkenaan akan menikmati potongan 50 peratus untuk pengalaman latihan di Sepang malah boleh membawa teman secara percuma.

Mereka yang berminat digalakkan mendaftar dengan segera berikutan penyertaan adalah terhad.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion- Ford, Turse Zuhair berkata melalui program pengalaman Ford Ranger Getaways, pihaknya menyediakan platform kepada para pemilik untuk membongkar potensi dan kebolehan sebenar jentera Ranger mereka melalui rangkaian pengalaman tempatan yang dipilih khusus.
“Ford Ranger Getaways bukan sahaja menawarkan pemilik Ranger dan Ranger Raptor merasai pengalaman unik Live the Ranger Life malah membantu pelancongan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik,” katanya.

Program berkenaan akan memberi pendedahan kepada peserta berhubung tip dan teknik kaedah duduk serta kendalian.
Mereka juga dapat merasai pengalaman praktikal autocross atas jalan bertar, kursus off-road 4×4 dan kursus Baja yang akan memperlihatkan kehebatan sebenar trak performance Ford untuk Ranger Raptor.
Selain itu, para peserta akan dapat merasai pengalaman hot lap Baja bersama jurulatih.

Pemilik Ford Ranger akan melalui modul yang sama seperti Raptor kecuali kursus dirt cornering dan drifting mengggantikan kursus Baja dan hot lap bersama jurulatih.
Latihan untuk kedua-dua hari tersebut akan bermula jam 8.30 pagi di Litar Antarabangsa Sepang.
Ia terbuka kepada semua pelanggan Ranger dan Ranger Raptor malah sijil penyertaan akan diserahkan kepada semua peserta di akhir latihan.
Untuk maklumat lanjut tentang SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdac-ford.com.my.
- BACA: FORD RANGER XLT PLUS EDISI KHAS DILANCARKAN. 2.0L SINGLE TURBO, 10-AT, BERMULA RM137K
- BACA: FORD RANGER RAPTOR 2023. ENJIN PETROL 3.0L ECOBOOST V6 392HP. 7 MODE PEMANDUAN. MASUK MALAYSIA TAHUN INI?
- BACA: JOM BERCUTI DENGAN FORD RANGER GETAWAYS. KESERONOKAN BERMULA RM98 SAHAJA!
- BACA: SDAC PERKENAL EKSPRESI JENAMA BAHARU UNTUK FORD RANGER