
SUBARU BRZ 2022 DEBUT DI THAILAND. 2 VARIAN, BERMULA RM340K
Subaru memperkenalkan jentera sports BRZ ke pasaran Thailand pada acara Bangkok International Motor Show (BIMS) yang sedang berlangsung sekarang.
Debut peringkat ASEAN itu juga bermakna BRZ bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Malah, TC Subaru sudahpun membuka tempahan BRZ yang ditawarkan dalam varian manual dan automatik pada harga bermula RM229,000.
Diimport sepenuhnya dari Jepun, BRZ 2022 untuk pasaran Thailand boleh dibeli pada harga bermula 2.7 juta baht (RM340,000).

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, BRZ tidak lagi menggunakan enjin NA Boxer bersesaran 2.0 liter. Sebaliknya, jentera itu dipasang dengan enjin NA Boxer 2.4 liter yang mampu menjana kuasa 235PS dan tork 250Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik atau manual enam kelajuan. Padanan itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 6.3 saat.
Antara ciri standard yang dipasang ialah lampu LED, rim bersaiz 18 inci, skirn infohibur bersaiz 8 inci, kluster meter digital 7 inci dan kemasan kulit pada stereng.
Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi EyeSIGHT ADAS bagi varian automatik. Ia merangkumisi sistem jelajah adaptif, brek pra-pelanggaran, pengurusan pendikit pra-pelanggaran, lampu tinggi automatiik, brek undur automatik dan banyak lagi.
Pengguna di Thailand boleh memilih warna biru, putih mutiaa, perak metalik, kelabu, hitam dan merah.









