Artikel Pilihan

GEARBOX YANG PELIK, LAIN DARI YANG LAIN

Dalam teknologi automotif, ada banyak pilihan gearbox atau transmisi yang anda boleh pilih. Ada manual 5 kelajuan, manual 6 kelajuan, ada automatik dengan pilihan 4, 5, 6, 8 atau 10 kelajuan, ada sistem klac berkembar DCT/DSG, ada CVT dan satu ketika dulu AMT pun ditawarkan.

Tapi jangan terkejut kerana ada banyak lagi sistem gear yang ada di dalam pasaran, cuma ada yang sampai ke Malaysia dan ada yang tak sampai. Kami senaraikan transmisi yang pernah wujud dalam dunia automotif

1. Hyundai iMT – Hyundai mendedahkan transmisi manual yang akan dipasang pada Hyundai Venue beroperasi tanpa pedal klac. Urusan mangaktifkan klac akan diambil alih oleh sistem aktuator hidraulik yang akan diaktifkan dengan arahan TCU (Transmission Control Unit) secara by-wire

TCU akan mengesan perbuatan anda yang ingin menukar gear dan akan menyahaktifkan sistem klac sementara anda menukar gear pada masa yang tepat. Dah tak perlu risau sakit lutut bila dalam jem.

2. Alfa Romeo Q System – secara asasnya ia merupakan transmisi automatik 4 kelajuan yang ditawarkan pada model 156 2.5 V6. Ia boleh beroperasi seperti transmisi automatik dalam mode D. Namun jika anda memilih untuk menggunakan secara manual, slotkan tombol gear ke kiri.

Anda boleh menggunakan kaedah menukar gear sama seperti gear manual dalam paten H tapi terhad pada 4 ratio sahaja. Agak pelik kan, tapi jangan risau kerana gear ini dibekalkan oleh Aisin yang merupakan anak syarikat Toyota dalam menghasilkan komponen transmisi. Malah Aisin pernah menunjukkan gear ini pada model konsep GR HV yang menggunakan 6 ratio.

3. VW Autostick – cara operasi sistem ini sama seperti Hyundai iMT tapi ia dipadankan dengan transmisi 3 kelajuan automatik bersama dengan torque converter. Ada satu butang pada tombol gear yang perlu ditekan oleh pemandu setiap kali ingin menukar gear

Butang tersebut akan menghidupkan solenoid 12volt yang akan mengaktifkan klac vacum. Selepas butang dilepaskan, klac akan dilepaskan semula. Transmisi ini digunakan pada Karman Ghia dari tahun 1968 ke 1976.

4. Saab Sensonic – Saab, satu lagi jenama automotif dari Sweeden selain dari Volvo memperkenalkan sistem Saab Sensonic pada tahun 1993. Ketika diperkenalkan ia menggabungkan sistem kawalan elektronik untuk mengawal klac dengan transmisi manual

Sistem ini dibekalkan oleh Fichtel & Sachsdan dan mereka membangunkan sistem berasaskan microprocessor yang akan mengaktifkan motor elektrik bagi operasi klac

Ketika ujian, Saab mendapati sistem ini boleh beroperasi tanpa slip, membenarkan kawalan yang lebih bagus dalam ketika kesasakan jalan. Namun pasaran ketika itu lebih gemarkan transmisi manual menyebabkan Saab menghentikan transmisi ini pada 1998.

5. Honda i-MMD – Intelligent Multi Mode Drive merupakan satu unit trenkuasa terbaru yang diperkenalkan oleh Honda bagi model terbaru City. Sistem ini merupakan satu unit gear tunggal sama seperti yang digunakan oleh kereta elektrik. Ketika mula dihidupkan, kuasa akan datang dari motor elektrik yang akan menjana tork.

Kuasa untuk motor dibekalkan oleh bateri lithium ion. Berbeza dengan sistem lain, i-MMD menggunakan 2 motor elektrik dan satu unit enjin. Enjin akan membekalkan tenaga untuk menjana kuasa elektrik pada satu motor elektrik dan satu lagi motor elektrik akan menggerakkan tayar kereta. Sistem ini hanya menggunakan satu gear tunggal sahaja.

Teknik ini merupakan teknik yang sama digunakan pada Koenigsegg Regera

Google ads
Back to top button