
GEELY GALAXY E8 DILANCARKAN DI CHINA, TAWAR JARAK GERAK 665KM, JANA 637HP, HARGA BERMULA RM115K
Geely Galaxy E8 baru-baru ini dilancarkan di China dengan harga permulaan AS$24,760 (RM115,064) dan tersedia dalam lima varian.
Galaxy telah dilancarkan sebagai siri tenaga baharu di bawah jenama Geely tahun lepas dan sedan elektrik E8 merupakan model ketiga di bawah jenama Geely Galaxy ialah.
Geely Galaxy E8 mengikut bahasa reka bentuk kereta konsep Galaxy Light, dengan perincian seperti lampu hadapan nipis, garis bumbung rendah, pembuka pintu sama rata dengan badan serta pintu tanpa bingkai.
Kecekapan rintangan angin Galaxy E8 mencapai 0.199 Cd berkat elemen penggayaan ini dan satu-satunya model dengan kecekapan rintangan angin yang lebih baik ialah Xiaomi SU7.

Geely Galaxy E8 dibina di atas platform SEA, yang menyokong Zeekr, Smart, Volvo, Lotus serta kenderaan elektrik jenama lain.
Dari segi spesifikasi, ia mempunyai ukuran dimensi 5,010mm/1,920mm/1,465mm dan jarak roda 2,925mm.
Menurut Geely, keselamatannya menghadapi keperluan piawaian IATF dan kenderaan ini juga telah diuji oleh pakar CATARC, memenuhi keperluan keselamatan NESTA (NEV Electrical Safety Verification).
Di dalam, Geely Galaxy E8 mempunyai skrin OLED 8K 45-inci dengan ketersambungan ke telefon Meizu melalui sistem Flyme Connect, di mana ia pada dasarnya adalah jawapan Geely kepada Apple CarPlay atau Android Auto.

Sistem multimedia Galaxy E8 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8295 daripada Qualcomm, disokong oleh NOA (Navigate on Autopilot) 2.0, merangkumi kawalan pelayaran adaptif, letak kenderaan sendiri dan sistem ini dipandu oleh 11 satelit yang dilancarkan oleh Geely.
Secara mekanikal, Galaxy E8 varian teratas menawarkan jarak gerak 665km melalui platform voltan tinggi 800V dan dikuasakan oleh sistem pemacu elektrik silikon karbida berprestasi tinggi dengan dwi-motor berjumlah 475kW.
Berupaya menghasilkan 637hp, Galaxy E8 mempunyai daya pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 3.49 saat sahaja.
Beralih pada harga, perinciannya adalah seperti berikut:
- 550km PRO – AS$24,760 (RM115,064)
RWD, 200kW, 5.95 saat, bateri LFP 62-kWj, jarak 550km
- 550km MAX – AS$26,165 (RM121,593)
RWD, 200kW, 5.95 saat, bateri LFP 62-kWj, jarak 550km
- 665km Long Range – AS$28,000 (RM130,121)
RWD, 200kW, 5.95 saat, bateri LFP 76-kWj, jarak 665km
- 665km Smart Driving – AS$30,800 (RM143,133)
RWD, 200kW, 5.95 saat, bateri LFP 76-kWj, jarak 665km
- 620km Performance – AS$32,200 (RM149,639)
4WD, 475kW, 3.49 saat, bateri LFP 75.6-kWj, jarak 620km
GALERI:



- BACA: HAI PROTON – BOLEH TAK BAWA MASUK GEELY PANDA KNIGHT NI?
- BACA: GEELY LANCAR JENAMA DAN MODEL ELEKTRIK PINTAR BAHARU, JI YUE 01
- BACA: GEELY GX3 PRO 1.5L BAKAL DILANCARKAN DI FILIPINA – DUA VARIAN, 100HP, HARGA SEKITAR RM62K
- BACA: GEELY NYATA KOMITMEN LABUR SEBANYAK RM45.3 BILION – JADIKAN TANJUNG MALIM SEBAGAI KOTA AUTOMOBIL TERBESAR DI ASEAN